Memaparkan catatan dengan label #NukilanYami~. Papar semua catatan

Segmen Auto-Blogger Malaysia

2 Comments »

Haa baru nak berjinak-jinak dalam blogger . Sharing is Caring so kene cari cara macamne nak worldwide kan blog kite supaya dapat kite sebarkan walaupun sedikit ilmu. 



| Klik banner untuk join , thank you <3 | 

Apa tunggu lagi ? Jom kita join ramai-ramai , syarat yang dikenakan tak susah pun adik , kakak , abang , tokwan , nenek . 

Permulaan sebuah penggembaraan ~

No Comments »

Bismillahirahmanirahim..
Setelah berjam-jam ak repair semula blog ni, Alhamdulillah dah selesai. Lama jugak tak update blog ni, bila baca semula Ya Allah .. malunyer ak hehe. 

Sekarang pun dah hampir 20 tahun ak berjalan dibumi Allah ini. Sudah banyak ilmu yang telah ak pelajari walaupun ak tahu hakikatnya ilmu selama 20tahun ni hanya sebutir zarah dari ilmu Allah. 

Meskipun guna 7 lautan dunia sebagai dakwat
 namun masih tidak menyamai 1% pun dari ilmu Allah S.W.T

Jadi In Sha Allah dengan muka baru blog ni, ak akan cuba hidupkan semula blog supaya jadi tempat ak curahkan idea, kongsi cerita dan kongsi ilmu kalau tidak umpama debu ditiup angin sajalah. Kadangkala artikel dalam blog ini boleh dirujuk semula dan diambil pengajaran. 

Asbab nak tulis blog semula ni banyak antaranya rasa rugi bila ada some important event yang tak dicatit dan dilupakan begitu je. Then , kawan-kawan pun dah ramai yang ada blog jadi selain influence dari diorang, ak memang dah ada blog yang berhabuk nie dari 2011 lagi. So teruskan dan nak manfaatkan dengan sebaiknya.

Dengan izin Allah , ak akan cube jadikan blog ini lebih bermanfaat, cara penulisan yang lebih mudah dibaca dan lebih mudah untuk ak menulis hehe. Selain itu , akan diselit juga hadis atau riwayat di setiap blog. 


Dari Irbadh bin Sariyah : Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT, 
dengan mendengar dan taat, meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. 
Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku, 
maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. 
Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru, 
sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.” (0040) Sahih Ibnu Majah

New Journey begin ~

Zaman muda+kurus dulu 2011 hehe



Badut.. Kenapa dengan Badut?! =='

No Comments »

Badut?..
 Kenapa dengan badut?.
. Badut hanya buat lawak bodoh.., Badut kerja yang boleh dianggap orang hina sahaja buat...,  Badut buat lawak tapi lawak tak menjadi... 
Ramai orang berfikiran begitu tentang badut.. 
Sebenarnya badut merupakan satu kerja yang memerlukan bakat..
 Lawaknye bukan satu kerja yang bodoh.. 
Sebenarnye badut lah satu profesion yang amat terkenal suatu masa dahulu..
Antara golongan bangsawan di China Zaman lampau.. Badut. 
Jadi jangan fikir badut hanya buat lawak bodoh yang lawaknye tak lawak.. camane tu?..hehe.
Ak pun tak tahu kenapa tibe-tibe nak cakap pasal badut..hehe. Tak dek kerja betul..:-p.
Ak cuma nak cakap.. hakikat orang memikirkan badut tu macamane.. 

comelnye die..hehe~



Kita ambil definisi badut.. 'seorang pekerja yang melayan orang dengan melawak, tetapi orang tidak memberikan sambutan dekat die namun mendapat sambutan mengalakkan sekiranya lawaknya menjadi'
Itu badut.. tetapi kita sebagai manusia..
 haruslah mengambil iktibar dari badut ini.. 
walaupun ia merupakan satu pekerjaan yang hina, namun ada pengajaran dari ceritanya..

Pertama, kita harus bersyukur dengan layanan yang diberikan oleh teman kita.
 jangan kita hanya jadikan diri kita bahan lawak, dan bahan yang menyusahkan.. kalau kita takdek, tidak akan berlaku apa-apa pada kelompok itu malahan lebih bahagia..huhu. Hina dah tu..
Dalam Islam sendiri ada mengajar kita erti perhubungan sesama rakan..
 Rasullah S.A.W sendiri telah menunjukkan sikap yang baik bersama sahabat-sahabat baginda..
 Baginda mengajar kita agar menjadi seorang teman yang mana kalau kita tiada dalam satu kelompok itu, maka satu kelompok bersedih dan merasa sedih dengan pemergian kita. 
Macam itulah yang kita perlu jadi..:)
Tidak perlu hanya menjadi seperti badut yang hanya menjadi bahan gelak dan hanya disanjung di dalam khemah sarkas hanya kerana lawaknye tetapi hakikatnye, die dipandang enteng oleh pandangan umum.







"Kekayaan yang paling kaya ialah akal,
 kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, 
keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri,
 dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"
-riwayat-





p/s: xtaw kenapa tibe2 merepek pasal badut..hehe