TIPS KEWANGAN UNTUK BARU KERJA

No Comments »

 

Untuk mereka yang baru kerja dan bakal terima gaji pertama. Ni tips mudah untuk korang urus gaji. 


Lagipun ni tips, sesuaikan lah dengan situasi gaji masing-masing la yer sebab setiap orang ada lain-lain tanggungjawab dan komitment. 


So artikel ini sesuai untuk yang gaji RM2500, then kita bahagikan siap-siap macam ni. 


1. Belanja Isi Rumah - 30% ( RM750)

Belanja ni seperti makan, petrol, internet, sewa rumah atau bilik.


2. Bayar Hutang - 30% (RM750)

Hutang seperti kereta atau motor, PTPTN dan lain-lain Mesti rasa, cukup ke? Sebab tu tak perlu beli kereta baru. Kereta second pun memadai. 


Elakkan personal loan dan kad kredit. Beli kereta jangan lebih setahun gaji. Gaji RM2500 beli kereta harga RM30,000 saja. 


3. Simpanan - 10% (RM250)

Dapat gaji asingkan dulu siap-siap. Setahun dah dapat kumpul RM3000. Kalau bujang cuba simpan 30% gaji. 


4. Pelaburan - 10% (RM250)

Asingkan untuk melabur. Kalau letak di tempat yang beri pulangan 4% dah ada RM16,000 lepas 5 tahun. 


5. Perlindungan - 10% (RM250)

Ada dua jenis perlindungan iaitu takaful. 


1. Perubatan (medical kad) - kos rawatan

2. Hayat (hibah) - pampasan tunai

3. Penyakit kritikal - pampasan tunai

Senang letak RM125 untuk setiap perlindungan. Mudah kan? 


6. Sedekah - 10% (RM250)

Beri RM200 untuk ibu ayah, RM50 lagi untuk sedekah. Lagi baik semua RM250 tu untuk ibu ayah.


Ni panduan mudah untuk korang yang baru bekerja. Memang tak boleh nak kaya tapi pengurusan gaji tu akan lebih baik.


Tapi bang, kalau gaji saya RM2000 je macam mana? 


Takdek masalah, boleh sesuaikan mengikut gaji sendiri. Situasi setiap orang kan lain-lain.


Kongsikan jika bermanfaat.