Archive for 2020

First House - Rista Villa Apartment

1 Comment »

IMPIAN TINGGAL HARAPAN

Sebenarnye aku dah beli rumah nie masa umur 23 tahun lagi, waktu tu agak gile jugak sebab buat keputusan mengejut nak beli rumah. Ceritanya ada rumah teres kat jerantut harga RM240k, bank kata loan ak lepas, jadi ak dah bayar booking hampir RM500. End up lepas sebulan pegawai tu kata tak lepas sebab bank tolak duit komitmdnt kerje di Lembah Klang sebanyak RM1.2k dari gaji, jadi konfem2 tak lepas. Masa tu agak frust jugak sebab macam kene game dengan banker tuu hehe.

Ini lah rumah yang nak dibeli tu

So disebabkab peristiwa tu, ak terus tengok mudah, waktu tu baru terfikir, instead of ak cari rumah yang mahal kat jerantut baik ak cari rumah yang boleh duduk dekat lembah klang, walaupun agak mustahil tapi tak salah mencuba. So masa tengah2 scroll, terjumpe satu unit di Rista Villa Apartment, Putra Perdana Puchong. Rumah flat 5 tingkat (flat rumah bandar), rumah subsale dengan harga RM90k. so malam tu jugak ak amik no agent (REN En Saiful) then wasap no die

Contoh iklan di Mudah

Keesokan paginya ren tu balas, die kate masih proses viewing lagi, ad 3 keluarga dah view, 1 dah bayar booking tapi loan bank tak lulus so cancel, jadi ak pun set tarikh untuk viewing. Lepas pergi tengok tu, Alhamdulillah agak puas hati dengan lokasi yang strategik sebab berdekatan dengan masjid, sekolah, kedai, rumah acu, putrajaya, shah alam n dekat dengan MEX utk ke KL serta KLIA.


KEADAAN ASAL RUMAH

Cumanya keadaan rumah masa tu, kalau korang tengok mesti kurang selera sebabnya owner beli tahun 2000 tapi tak pernah duduk, so boleh bayangkan mcmne keadaannya, boleh tengok gambar. Tapi ak tak tahu kenapa, buat kerje gile jugak laa terus bayar booking 3% dari harga rumah dalam RM3k. nie gune duit dividen ASB yang ak dapat tahun tu. Sini aku tunjuk gambar rumah masa mula-mula beli, jangan terkejut yer hehe

Tingkat atas sekali yer huhu

Pintu masuk

Ruang tamu

Ini dapur dengan ad dinding separuhnya nak asingkan ruang tamu dan dapur

Keadaan tandas paling teruk sekali

Ruang tamu

Wiring pun kene buat baru, kipas lampu pun tiada
Ini semua adalah keadaan asal kejadian rumah huhu

Bila terfikir keadaan rumah tu rasanya bukan aku je yang macam menyesal, rasenye sesiapa punn rasa tak beli dahh haha. Tapi macam ad suatu keyakinan kata ak boleh buat cuma perlu perubahan, kadang mende yang buruk boleh berubah jadi cantik kalau kite percaya pada dan usahakan, so terus try dapatkan bank loan, disebabkan rumah apartment lama jadi die bukan strata title, rumah tu master title maksudnye kebanyakkan bank taknak bagi loan. tapi REN tu kata in Sha Allah public bank & ambank boleh terima, then Alhamdulillah sebulan lepastu ad banker call die kate loan lulus, yang lebih menarik lulus based on harga market value rumah 😎

BUDGET 

Maknanye apa?! Okay this part yang paling best, owner nak jual rumah RM85k, tapi market value rumah waktu tu RM120k, so REN kata buat loan RM110k, bayar pada owner RM90k then baki RM25k akan jadi lebihan cash masuk poket kite 😁

Maksudnya
Harga market rumah : RM110k
Harga owner jual : RM85k
---------------------------------------------
Cash atas tangan : RM25k
---------------------------------------------

Jadi maksudnya kite beli rumah, dapat rumah then dapat cash sekali, tapi nak dapat semua tu ak kene dahulukan duit ak untuk bayar deposit, lawyer s&p dan lawyer loan sementara tunggu duit tu disburse. So nak taknak ak kene keluarkan duit aku dulu untuk bayar sebelum dapat cashh tuuu. Mana nak cekau RM15k?? 🤯🤯🤯

Bayaran kene buat untuk beli rumah (CASH) 
1. Deposit 10% : RM8k
(3% agent | 7% owner) 
2. Lawyer S&P : RM3.5k
3. Lawyer Loan : RM3.5k
---------------------------------------------
Total kene bayar : RM15k
---------------------------------------------

Tidak dinafi inilah waktu yang paling gentir sekali sebab nak taknak kalau nak teruskan kerje gile nie kene setelkan bayaran dulu. Total tempoh untuk pembayaran nie hampir memakan masa setahun, yang jadi lambat sebab owner dulu pinjam LPPSA, jadi banyak proses untuk jual rumah tu. Ak bayar rumah tu gune semua simpanan ASB, pinjam abah dekat RM8k then bayar gune gaji bulan2 chorr 😭😭. Seksaa bohh, harinie gaji masuk esok dah tinggal suku bayar, plus pulak dengan yuran study beribu riban,Tapi ak percaya masa tu susah sekarang akan berbaloi bila dapat duit tu nanti,

Alhamdulillah semuanya smooth sampai la satu hari dapat call dari owner, sepatutnya urusan pembelian nie antara ak dan agent sahaja, tapi ad something yang berlaku yang ak rasa perlu share untuk manfaat bersama

Okay untuk booking 7% lagi lebih kurang RM5k perlu diberi pada owner sebab owner perlu buat renovation bergantung pada perjanjian yang dibuat, so ak tawar 3 option harga dengan owner untuk die jual, RM90k, RM85k dan RM80k

then die pilih option harga rumah RM85k, iaitu die akan setelkan beberapa perkara lagi, 
1. elektrik
2. air
3. Bersih

So kalau ikut perjanjian lepas bayar deposit pada owner, die akan buat semua tulah, nak dipendekkan cerita selepas 6 bulan, rupanye satu apa pun die tak buat, rumah dalam keadaan yang sangat teruk sama macam mula2 ak view dlu, bila contact die tak dapat, then satu hari En Saiful maklumkan yang rupanye duit tu digunakan untuk tujuan peribadi, owner ada masalah keluarga, jadi die terpaksa gunakan duit tu untuk selesaikan urusan keluarganya, 
Tapi amanahnya ialah duit tu sepatutnya digunakan untuk rumah seperti yang dijanjikan iaitu settlekan air, elektrik dan pembersihan tapi takpelah kire ak terima aje, so ak pun fikir kalau kite mudahkan urusan orang In Sha Allah Allah akan mudahkan urusan kite, so ak keluarkan lagi duit sendiri RM4k untuk renovate rumah tu dengan cari tukang rumah sendiri, duit nie pun sama guna duit sendiri bohh, bayar ansur2 selama beberapa bulan 😭😭. menangiss oo hahaha. Sini aku share renovation yang ak buat, 

Kite adjust wiring balik

Dapur pun buat baru, pasang sinki

Bersihkan tandas dan tangki

Pasang lampu

Pasang kipas

Tukang rumah abg paidi yang paduu

Kite pasang kat setiap bilik

Ruang tamu

PELANGI DISEBALIK HUJAN

Dukacitanya pada bulan Julai, ak diuji dengan anugerah yang mana ditarik nikmat kesihatan, bergelar pesakit kronik iaitu kegagalan buah pinggang tahap akhir. Hampir 2 bulan berada dalam wad di HKL dengan 3 kali operation, dugaan yang paling besar ak pernah dapat dan yang tidak dijangkakan langsung 🙏.

Namun pelangi disebalik ribut taufan, tiba2 dapat mesej dari Public Bank, Alhamdulillah duit dah disburse 😃. First time duit 25k ada dalam akaun bank, selalu 30 sen aje hehe. So maknanye proses beli rumah sudah sampai ke final proses

Kan tadi ak kene dahulukan duit hampir RM15 kan, so sebenarnye ak dapat balik duit2 tu, then bayar semula hutang abah. Lepastu ak gunakan RM10k untuk renovate rumah dan beli barang2 rumah macam peti ais, mesin basuh, katil, almari dan lain2. Aku kongsikan rumah yang ditambah baik untuk diduduki


kalau korang perasan dinding yang separuh tuu, ak minta potong jadikan bar hehe


Bilik Utama
Kali nie ak tambah lantai diy, semua buat sama je senang huhu


Bilik Kedua

Baru nampak macam ruang tamu


Bar nie la tempat masak, tempat buat kerje hehe

So nampak luas sikit untuk rumah yang kecil, kalau tidak nampak sempit

Ada ruang storage juga utk simpan barang-barang dapur

Haa tandas pun kite dah upgrade hehe

Alang-alang tu beli katil dan almari teruss hehe

Sekali la beli peti ais dan mesin basuh



Tempat letak TV, mula-mula kosong je sekarang dah ad android dan PS4 hehe


PEJABAT PINDAH KE PUTRAJAYA

Rezeki juga waktu nie office lagi 2 bulan nak pindah putrajaya, jadi ak buat preparation terus untuk tinggal dirumah itu sebelum pindah pejabat. Dekat sebulan lebih berulang alik KL ke Puchong, disebabkan tu dan faktor kesihatan sekali, ak upgrade motor yang boleh jalan jauh dan amik kereta untuk urusan penting, perancangan asal nak tangguh dulu beli motor atau kereta untuk setahun, tapi perubahan perlu dibuat kerana komitment kesihatan, 

Walaupun baru tapi banyak berjasa ulang KL-Puchong-Putrajaya


Ini pun kecil-kecil cili padi, banyak jasa bawak air dialisis dekat 100kg huhu

Alhamdulillah semua nie guna duit baki cash tu, walaupun lari sedikit dari perancangan awal, masih lagi terkawal cumanya agak struggle dengan tambahan komitment kesihatan

so ak share total komitment secara kasar untuk semua, makluman juga walaupun kerje kerajaan, gaji ak tak sebesar macam member2 kerje swasta dan Alhamdulillah masih cukup untuk menampung semua komitment nie

Komitment-komitment semasa 2020
1. Rumah - RM650 (inc bil+maintenence) 
2. Kereta - RM400
3. Motor - RM200
*RM1250
4. Kesihatan
5. PTPTN
6. Study part time degree
7. Yuran study
8. Pengangkutan (minyak+tol+servis) 
9. Perlindungan
10. ASB
11. Korban (Raya korban) 
---------------------------------------------------
Gaji Semasa : RM2400-RM2600
---------------------------------------------------

Kemungkinan memerlukan 2 3 tahun kenaikan gaji saja untuk lebih selesa in Sha Allah, jadi gais sebenarnye tidak mustahil untuk ada semua tu dengan gaji bawah RM3k, tipsnya ialah kene bersabar dan buat simpanan di awal pekerjaan tu yang penting,

Pada pendapat aku, 5 tahun pertama kau kene betul2 struggle cari, simpan duit. Then pada hujung tu dalam tahun 3 4 try dapatkan aset, bile dah dapat dan komitment dah capai hampir 60% dari gaji, terus rehat untuk 2 3 tahun untuk recover balik. kalau total baru 7 8 tahun, waktu tu umur kite bawah 30 tahun lagi, so boleh je enjoy kan? Entah2 boleh tambah aset lagi, 

Ini kalau awal2 kerje kite terus enjoy dengan komitment contoh buat personal loan yang melampau, abiskan duit every month, tanpa simpanan diawal pekerjaan yang gaji masih kecil memang beri kesan pada pengurusan kewangan kita, ini perkongsian yang ak dah buat hope jadi.

Kunci kereta, motor dan rumah

Alhamdulillah paling bersyukur sekali ialah impian untuk ada aset di usia muda dapat dicapai walaupun pelbagai ujian yang mendatang, paling penting perancangan, percaya dengan diri sendiri dan ilmu. Sentiasa merendah diri, belajar dengan sesiapa pun, In Sha Allah matlamat kita akan dapat dicapai walaupun sebenarnya hampir mustahil. In Sha Allah target for next house 5 tahun lagi. Saya doakan agar semua yang ada impian yang sama dapat mencapainya, In Sha Allah. ^_^