Rezeki itu milik Allah S.W.T

Bismillahirahmanirahhim...

Sebenarnya rezeki dalam dunia nie Allah memang beri cukup untuk semua jenis makhluk. Sama ada sedikit atau banyak itu adalah urusan Allah , kita hanya menerima atas apa yang tertulis. Jadi kalau diikutkan semua ada harta masing-masing cuma soalnya antara sekarang atau kemudian.

Bila kata pasal rezeki itu cukup banyak , kehidupan seseorang itu Allah beri dalam keadaaan kaya dan miskin. Kalau diikut logik pasti difikir aku dilahirkan miskin didunia ini sedangkan jiranku dilahirkan kaya, ini tidak adil. Namun keadilan itu Allah beri bukan dalam bentuk harta tapi si kaya perlu membayar zakat dan Allah mengalakkan menderma untuk diberikan pada orang miskin. Orang miskin boleh menuntut zakat dan menerima derma dari orang kaya. 


Pasti ada sesuatu yang Allah kurniakan , jadi bersyukurlah ;)


Rezeki itu harta ? 
"Semoga aok sekeluarga dimurahkan rezeki" , "Kata murahkan rezeki tapi duit sesen pun takdek.." Allahurobi, ramai yang tersilap istilah disini. Ada kawan yang tolong doakan kita murahkan rezeki itupun dikira 'Rezeki' iaitu dapat kawan yang baik. Dapat staff bekerja yang selalu ambil berat dan ramah mesra dengan kita pun dikira 'Rezeki'.

Kita ambil satu contoh , kita ada sebiji kereta dan gaji sebulan RM800 je tapi macamne Allah cukupkan rezeki tu , kereta kita tak pernah rosak , kita tak pernah kene saman, tak accident dll. Berbeza dengan kita ada kereta dan gaji sebulan RM2500 tapi Allah tak kurniakan kita rezeki. Duit dah banyak tapi baru keluar duit dekat atm kereta dah kene saman , salah parking. Jalan sikit kereta rosak , kene dekat seribu. Turun dari kereta kene pulak samun then last-last tnggal la sikit untuk berbelanja. 

Gaji/Harta dah besar tapi rezeki Allah itu bukan sahaja merangkumi harta tapi keseluruhannya. 

Burung pagi keluar cari rezeki cukup makan , malam balik berjemaah


Pegertian rezeki 
Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (lihat: Abu al-Baqa al-Kafawi, al-Kulliyyat, 472. Beirut: Muassasah al-Risalah).


Cari Rezeki biar berkat
Ertinya segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita samada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w menyebut tentang Khadijah: “Aku telah direzekikan cintanya”. _DrMaza.com_ 

Jadi jelaslah menunjukkan rezeki itu bukan semata-mata berbentuk harta tetapi adalah berbentuk pemberian atau kurniaan dari Allah S.W.T. Oleh itu kita kene ubah persepktif kita bahawa harta bukan semata-mata rezeki sebab itu kita tengok realiti atau dalam drama tv melayu , orang kaya ada kereta besar rumah besar tetapi bergaduh. Sebaliknyer , keluarga miskin kereta pun takdek tapi boleh hidup bahagia sebab rezeki itu ada pelbagai bentuk. 

Senyum itu pun boleh dikira rezeki kerana disedekahkan adik nie ;) hehe

Disini ada dikongsikan tip-tip untuk dimurahkan rezeki hasil bacaan blog-blog dan artikel-artikel :-

Tip #1. Menyempatkan diri  beribadah
Macam kita sebagai seorang pekerja bila dengar kata boss memang bos akan naikkan gaji kita begitu jugak Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada  hadis kudsi ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan. Cuma atas kita bagaimana mahu mendisiplinkan diri kita walau sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu dengan sebaiknya untuk  tunaikan solat 5 waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
Nak naik gaji keje OT, nak naik rezeki sempatkan diri BERIBADAH


Tip #2. Memperbanyakkan Istighfar
Setiap dari kita memang tak pernah lari dari melakukan dosa antara sedar ataupun tidak, jadi Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Hanya Allah yang Maha Pengampun

Tip #3. Tinggalkan Maksiat
Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa. Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya, bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.


Tips #4. Sentiasa ingat Allah
Kita ini milik Allah jadi siapapun kita ingatlah sentiasa ingat Allah S.W.T . Macamana nak ingat Allah ? Berzikir. Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah  yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir dan batin kepada kita.
Pencipta kita


Tip #5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta  menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Hadis Riwayat : al-Hakim dan ad-Dailami)
Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
Syarat jadi anak yang soleh, sentiasa mendoakan dan berbakti
kepada kedua ibu bapanya 


Tip #6. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba itu dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya DIA akan perkenankan dan jangan sesekali bergantung harap kepada yang lain, kerana perbuatan sedemikian adalah syirik yang merupakan dosa besar.
Berdoalah dengan penuh penghayatan

Tip #8. Bertawakal
"Barangsiapa yang berusaha, pasti dia akan mendapat sesuatu atau memperolehi hasilnya. Perkara ini adalah sunnatullah. Dalam satu hadis sahih, dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah berikan kepada orang yang dicintai-Nya sahaja." (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:
Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi Muhammad SAW pula telah bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri
 “Jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)



Sebagai kesimpulan, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kunci utamanya adalah melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 

Kalau dah guarantee jangan risau , In Sha Allah konfem dapat ;)







This entry was posted on Isnin, 15 Jun 2015 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Rezeki itu milik Allah S.W.T”

  1. Bismillahirrahmaanirrahiim mohon share jzkk Moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

    BalasPadam