PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

Town Planning / Urban Planner / Perancang Bandar

Haa memandangkan ramai yang tidak tahu pasal course perancangan bandar dan wilayah / town planning nie , so baik kome maanfaatkan ilmu yang seciput ni untuk terangkan apa sebenarnya course town planning nie . 

Alhamdulillah , kome baru sahaja menamatkan diploma perancangan bandar dan wilayah dekat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bila difikirkan balik , sebenarnye agak pantas masa berlalu kerana rasa baru je masuk belajar tup tup nak abis dah pun . 



Alhamdulillah sekali lagi , sebulan sebelum abis diploma , bos masa kome praktikal call untuk masuk kerje lepas abis belajar . So dapat cuti seminggu je then terus sambung kerje , tu lah kelebihan diploma yang kome dapat. Walaupun masih muda, kite dah berpeluang untuk berkecimpung dalam industri / kerje yang sebenar , nie pun Alhamdulillah dah 2 bulan merasa gaji hehe. 

Urban Scale, Consultant of Planning
The Reason Why We Are Urbanist - Because We Love Our Community
Jadi base on pengalaman yang ciput dalam bidang nie , In Sha Allah sedikit sebanyak perkongsian yang bole dikongsi terutama untuk adik-adik lepasan SPM dan STPM yang sedang dalam dilema untuk membuat pilihan. So ini salah satu pilihan anda iaitu Alam bina.

Falkulti Alam bina terdiri daripada bidang-bidang yang terlibat dengan pemajuan sesuatu pembangunan. Antara bidang dalam alam bina ialah

1. Arkitek
2. Perancangan Bandar dan Wilayah
3. Surveyor / Ukur Bahan
4. Geomatik / Ukur Tanah
5. Pengurusan Hartanah
6. Civil Engineering

Tugasan seorang perancang bandar . its about life of the people


Perancangan Bandar dan Wilayah
Falkulti : Alam bina

Perkongsian ini adalah  untuk semua pelajar untuk bukak mata dan hati supaya tak terikat dengan pemikiran medic n enginering je satu satunya pekerjaan kat dunia nie 😁😁 . ( so bidang nie Khas utk utk sape yang rasa tak bole pergi jauh dalam sains tulen like me 😅 ) 

First , doktrin Perancangan itu sendiri "Jaga hubungan dengan Tuhan" , "Jaga hubungan dengan Manusia" dan "Jaga hubungan dengan Alam sekitar"

Kalau tengok pada doktrin perancangan nie, course nie sebenarnya ada pembezaannya yang tersendiri , yang pasti tidak sama dengan course2 lain dan takdek kene mengena langsung dengan mesin2 , enjin2 dan takdek kene mengena jugak dgn orang2 sakit , tapi secara umumnya , course ini lebih meluas dengan menyediakan persekitaran yang baik untuk manusia. 

Sebenarnya tak banyak universiti yang tawarkan bidang nie ,
1. UTM (dip&deg) - Haa kome belajo sini laa
2. UiTM (dip&deg) 
3. UiA (deg)
4. USM (deg)
5. Polimas (Dip)

Dari segi penawaran pembelajaran , course planning nie boleh dikatakan KURANG saingan untuk memohon pekerjaan nanti berbanding kos lain sebab tak banyak u yang tawarkan. ( Tapi bergantung kepada kemahiran dan disiplin individu itu sendiri )

Untuk Town Planning dekat UTM nie , kami ditekankan dengan kaedah pembelajaran 60% Praktikal 40% Teori . So selain dari ilmu teori perancangan kami juga ditekan kan dengan teknikal . Antara software yang perlu dijadikan makanan oleh semua planner :-
1. Autocad
2. Adobe Photoshop
3. Microsoft Office
4. Sketchup
5. SPSS

Skop Pembelajaran bagi Dip UTM
1. Studio Perancangan ( Lukis pelan dan Report Rancangan Tempatan )
2. Urban Engineering 
3. Traffic Engineeing 
4. Law in planning
5. Urban Design
6. Site Planning
7. Geographical Information System (Software)
8. Autocad (Software)
9. Urban Economy
10. Rural & Regional Planning
Sebenarnya banyak lgi tapi hok nie kire core subjek.


Skop Kerja sebagai seorang Perancang Bandar : 


Mengawal bandar dengan memberi Kebenaran Merancang untuk sebarang pembangunan baru
1. Mengawal dan merancang pembangunan daerah / bandar.
2. Memberi kelulusan kepada pembangunan baru bagi suatu daerah
3. Merancang bandar baru dan bandar sedia ada.
4. Membuat pelan @ map sesuatu kawasan termasuk pelan jalan , pelan infrastruktur n utiliti  , pelan 


Menasihati client @ developer untuk sebarang cadangan pembangunan baru
5. Menasihati developer dalam cadangan pembangunan baru
6. Memenuhi keperluan penduduk dengan memastikan sesuatu kawasan mempunyai sekolah , infra n uti , bekalan air n elektrik etc  yang mencukupi
7. Kajian ekonomi dan sosial penduduk setempat dengan keadaan sediada kawasan itu.
8. Menyediakan Rancangan Tempatan setiap daerah bagi setiap 5 tahun. 
9. Membuat keputusan bagi pembangunan di setiap daerah di malaysia.

Antara Pekerjaan seorang pelajar Perancang ialah
1. Urban planner 
2. Town planner / Perancang bandar / Perancang pembangunan / 
3. Pegawai Majlis daerah / Pejabat Tanah Daerah
4. Pensyarah 
5. Freelance  
6. Consultant
7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri 

Kerajaan : Majlis daerah , Pejabat Tanah Daerah ,  Jabatan Perancang Bandar & Desa dan Kementerian Perumahan & Kerajaan tempatan
Swasta : Consultant planning , Consultant arkitek dan developer ( sime darby , sp setia , MRCB etc )

Kalau sape sape ada minat dan kebolehan macam nie , abam sarankan bidang nie bole la dijadikan salah satu pilihan 
1. Berani dan suka berunding dengan orang 
2. Berkebolehan membuat keputusan
3. Berani mengambil risiko
4. Minat cenderung pada Sains sosial dan sastera
5. Tidak minat subjek sains tulen like me 😂😂

So ini adalah sedikit perkongsian untuk semua yang bakal bergelar graduan , apa pun keputusan kita , make sure apa yang kite pilih adalah berdasarkan minat dan kata hati kita. 

In Sha Allah kalau kome rajin , nanti kome kongsikan sekali cara belajar dan kaedah pembelajaran kami. Kalau ada ap2 sebarang pertanyaan boleh laa tanye dekat fb or dekat mane2 yang bole kome dapat tapi maaf kalau lambat balas , busy sikitt hehe




Antara Perancang-perancang Legasi Perancang UTMKL 13'-16'
Abam yang kacak sekali k. ;p

My Office , Urban Scale Sdn Bhd



P/s : Nak maklum , selepas UTM dapat title "Research University" tahun lepas, 2016. Diploma UTM secara rasmi telah dimansuhkan dan saya adalah merupakan second last student diploma.

Tapi awal tahun 2017 nie , UTM bukak balik diploma tapi telah dijadikan swasta atau IPTS secara keseluruhannya. Jadi yuran agak mahal dan kemasukan itu tiada tapisan dari Kementerian Pendidikan seperti sebelum ini. UTM diploma juga sudah tiada dalam senarai UPU kerana bukan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia lagi.
Jadi pesanan saya buat adik-adik yang nak apply diploma , mungkin yang terbaik boleh dijadikan pilihan ialah UiTM dan Politeknik . yuran yang agak murah dan pembelajaran yang hampir sama dengan UTM


Apa pun semuanya atas pilihan masing-masing , pilih yang terbaik . In Sha Allah mane nak tanye lanjut , bole dm instagram syahmiazmann . saya akan bantu mana yang mampu . 

This entry was posted on Selasa, 23 Februari 2016 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

51 Responses to “PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH”

  1. oh bgus brader ni. thank you bgi review kat kitorang...

    BalasPadam
  2. Salam nk tnya, course ni bleh smbg ke peringkat master ke or just smpai sarjana muda shja. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai ke PHD pun boleh aqil , bidang ini satu profession utama dalam aliran alam bina jadi die bukan ada setakat diploma dan degree tapi boleh dilanjutkan ke peringkat master dan juga PHD.

      Terdapat dua cabang utama dalam profession Perancangan Bandar iaitu first Kajian @ research dan kedua ialah Perancangan Fizikal . Ini kalau nak detail nanti kalau sempat saya tulis dalam blog .

      Padam
    2. Salam nk tnye laaaa dip perancangan wilayah n bandar ny swasta ae bkn gov??? sbb adik sy dpt course ny dkt utm setapak jaya

      Padam
    3. Saya pun dapat juga...

      Padam
  3. kalau lepasan stpm pointer 3.00 lepas tak mohon kos ni untuk ke peringkat ijazah sarjana muda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sy tak berani nak confirmkan sebab pengambilan bergantung pada Univerisiti itu sendiri , boleh check dekat syarat-syarat kemasukan utk STPM ,

      Tapi rasenye lepas sebab sijil STPM kalau dapat 3.0 > dah tinggi . cume untuk kepastian check semula syarat kelayakan dkt universiti yang dipohon

      Padam
  4. Kalau tak power dalam bahasa inggeris... boleh survive kalau ambil course ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk permulaan nie takdek masalah , just perlukan basic english . tapi perlu ada improvement dari semasa ke semasa. kalau kate nak gie jauh , english tu perlu bukan untuk kos nie je tapi mane2 bidang sekalipun

      Padam
  5. Balasan
    1. Ada tapi simple math je , just mcm tambah tolak darab bahagi . takdek sampai penggunaan matrik , equation bagai tuu huhu

      Padam
  6. 17 December ni saya interview kos perancangan bandar dan wilayah ni dekat uitm shah alam, so ape tip tip yg boleh digunakan? lagi pun saya tidak ada basic lansung dalam kos ini sbb sy mengambil stpm aliran satera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi satu, apa lakaran lukisan yg perlu saya buat dlm ujian lukis nnty?

      Padam
    2. senasib la kita bro. iv 17 jgak tp kt sri iskandar perak. agak2 ap ehh ujian tu nanti ?

      Padam
    3. saya pon iv 17 ni dkt sri iskandar, kos yg sama, ujian lisan dgn ujian melukis mana lagi penting?

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  7. Boleh sye tahu, course nihh memerlukan kemahiran melukis ke? Sye mmg tak minat melukis tetapi dpt tawaran iv di shah alam . sye berharap sgt tips2 yg boleh dikongsikan bagi course ini kerana ini pertama kali iv sye😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dapat iv 17/12 ni kat uitm shah alam.takde pengalaman iv dan last belajar seni pun masa form 3 sbb masa spm ambik course kimia,fizik,add math dan akaun..masa stpm pulak aliran sastera..T_T

      Padam
  8. Abam! betul ke kos ni takda ujian melukis? member saya pernah iv course ni bln 6/7 gitu. dia cakap ujian melukis untuk budak arkitek ja. betul ka? :o

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry ikaa sebab baru bukak blog , agak busy sebenarnye huhu. Hope ikaa dah berjaya sekarang ,

      im not sure untuk soalan ikaa ini , tapi yang pasti untuk masuk ke UTM memang tak perlu interview , just dapat tawaran dan boleh daftar masuk .

      Tapi untuk UiTM memang ada dijalankan interview untuk pemilihan masuk sebagai student diploma dan degree .

      Padam
  9. jadi student planner memng best setakat x tido malam stres meroyan gila tu perkara biasa hahaha..tpi tu la keseronokan dia bila dah abs blaja skang rsa rindu plak...sape yg dpt planner tu pgi je sbb best..hahaha

    BalasPadam
  10. Realiti apabila sudah bergraduan andai masih takda skill susah laa nk menempuhi industri alam bina yang sememangnya skill dan kebolehan di luar kotak menjadi tonggak. Planner tidak semacam arkitek , engineer kerana scope pekerjaan agak kecil dan firma yg ada dalam negara@negeri bole dibilang sikitnya dengan jari... Hendak tunggu kerajaan? Anda jadila penganggur dulu.. Maka apa saya tekankan setakat belajar main2 tiada usaha nk mempelajari teknikal setakat nk konvo lupakan niat belajar itu.. Sekarang dah 2017 ekonomi semakin teruk memberi impak negatif kepada pembangunan khususnya maka pekerjaan di alam bina juga tergugat.. Berazam dan bersama2 majukan diri..
    -seorang Pelakon dalam drama alam bina Malaysia

    BalasPadam
  11. Saya sekarang sedang amik course ni kat utmkl. And alhamdulillah saya semakin minat dengan course ni walaupon macam macam rintangan yang saya hadapi. Design kene reject, stay kat studio tu semua dah biasa. ��

    BalasPadam
  12. Sy student Civil eng. Kalau sy nk smbung degree prancngan bndar ni sesuai tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah 40% sesuai sebab apa yang civil belajar , kebanyakkan subjectnye tu ada dicover semasa degree Town Planning tapi hanya sekadar basic knowledge saje .

      Cume saya tak pasti , nanti cube check dekat kelayakan universiti , boleh ke dari dip civil ke town planner , sebab ini pun bergantung kepada universiti tu sendiri. Degree Town Planning UTM kalau amik student diploma, yang saya tahu dua je iaitu dip Town planning dengan dip architecture landscape . Then yang lain matrik , Stpm dengan asasi.

      Apa pun cube check U mane yang athan pohon.

      Padam
  13. salam ....bleh mintak no. phone as sson as possible...ade benda nk tanya tentang program ini...saya student spm tahun nim..pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam. Cube dm instagram syahmiazmann. In Sha Allah nanti saya bagi no phone

      Padam
  14. Dip dlm bidang ni boleh smbung degree dlm bidang ape ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau UTM ,

      Diploma Town Planning boleh sambung ke

      1. Degree in Town Planning
      2. Degree in Architecture Landscape

      Padam
  15. Wah menariknya. Sy pun ada menulis berkaitan course ni di blog saya. Cuma berbeza kamu UTM dan saya dari UiTM. Saya masih student lagi.

    Tambah menarik lagi. Pensyarah part timer sy juga dari urban scale. Mesti kenal encik fahmi.

    Apapun, teruskan perjuangan sbgai planner. Sy sebagai pelajar course ni amat menghargai org menulis berkaitan course ni.

    Smoga berjaya dlm kerjaya. Jika berkesempatan bolehlah lawat blog saya.


    http://bualpacakmalaya.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam
  16. Wow.. nice entry bro.. Sy pun ada tulis entry pasal course nih.. But I wrote in english fully.. Bukan ramai yg tidak kenal kursus nih dan bahkan ada yg xtau langsung.. hehehe

    BalasPadam
  17. Course ni memang kena expert dlm kemahiran melukis ni ? Sebab sy tak pandai sgt melukis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semestinya. Tetapi jika pandai melukis, ia menjadi satu kelebihan.

      Padam
  18. Balasan
    1. tengok tempat bro , kalau diploma UTM agak mahal sebabnya die dah convert jadi IPTS , tapi kalau uitm dengan politeknik In Sha Allah murah ,

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. Perlukan subjek geografi atau add maths tak dlm jurusan perancang bandar ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu , lebih kurang semua yang belajar kat sekolah dulu semua tiada hanya basic kira2 then basic pengetahuan mengenai sejarah dan matapelajaran lain ,

      yang pasti semua subjek yang baru, sebab tu siapa yang nak cari starting point maksudnye nak bermula muka baru , bidang2 macamnie sangat sesuai untuk diambil .

      Fokus dan in Sha Allah boleh perform even result spm teruk , sebab siapa yang usaha lebih dapat lebih

      Padam
  21. lepas dapat diploma boleh sambung degree? lepas dpt degree pastu boleh sambung lagi?please reply

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ofcourse boleh , lepas degree master , then PHD nak sampai ada 10 PHD pun boleh ,

      Padam
  22. Assalammualaikum, saya berkelulusan SPM hanya 2a sahaja iaitu sains dan sejarah. Tetapi subjek math dengan bi dapat b+ dan c. Subjek ekonomi dan akaun dapat b+ dan c+. Subjek agama seperti syariah, quran sunnah dan Arab dapat b+, b dan c manakala add math lulus e sahaja. Adakah saya berkelayakan untuk mendapatkan tempat di diploma UiTM dengan kos ini ? Mohon jawabbbb cik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam, Tahniah atas pencapaian, semoga terus bersemangat untuk lebih berjaya, kalau berdasarkan result nie dah melepeasi requirement uitm, ap pun boleh try mohon dulu, semoga berjaya

      Padam
  23. assalam bro/sis...saya baru dpt tawaran temuduga diploma perancangan bandar dan wilayah di UITM..kalau saya pergi, apa yang perlu saya sediakan untuk temuduga... dan kalau saya xberminat bolehkah saya tukar ke building surveyor atau course lain apabila dah masuk U nanti...mohon penjelasan, saya nk pergi temudaga 28/4 ini wish me luck

    BalasPadam
  24. kalau saya tolak tawaran ni adakah tawaran yg tak perlu temuduga akan datng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu tidak pasti, kene tanya universiti yang berkenaan

      Padam
  25. Assalam. Saya akan jd lepasan matrik sains around a week after this. Saya ada bakat melukis, yg pasti bkn bangunan dan plan (xpernah try n tak minat). So, bagi encik, sjauh mana kesusahan melukis plan dlm bidang ini? Dan, banyak Gina software n computer tak?

    BalasPadam
  26. Salam bang saya student diploma bangunan kalau saya ambik degree in town planning ni boleh tak?

    BalasPadam
  27. peluang pekerjaan untuk course ni luas tak bang

    BalasPadam
  28. Bang nak tanya, kalau ambik diploma town planning ni, boleh sambung degree architecture tak?

    BalasPadam