Archive for 2016

PERMOHONAN SUMBANGAN/PENAJAAN PROGRAM UNIVERSITI UNTUK STUDENT IPT

10 Comments »

Bismillahirahmanirahhim..



In Sha Allah post kali ini berkenaan perkara yang kebanyakkan pelajar IPT akan terlibat iaitu permohonan Sponsor / Sumbangan / Penajaan untuk mengumpul dana bagi sesuatu program.

Perkara paling mustahak dalam sesuatu program ialah Dana. Sekiranya ada dana yang cukupi mengikut pada bajet kewangan program, In Sha Allah program akan berjaya dengan cemerlang dan akan ada lebihan dana yang boleh disumbangkan pada kelab tetapi sekiranya dana tidak mencukupi sehingga terpaksa guna duit individu , itu boleh dikatakan musibah yang besar .

Untuk pengetahuan semua , setiap syarikat mempunyai polisi Tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu secara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya.

Maksudnya setiap syarikat ada menyediakan bajet untuk mana-mana NGO atau IPT yang membuat permohonan sumbangan bagi program yang berasaskan akademik , tanggungjawab sosial dan yang memberi manfaat pada sosial.

Jadi untuk permohanan sponsor nie , hantar je permohonan kemana-mana syarikat , mane tahu rezeki kite ada disitu . boleh dapat banyak tajaan , kemungkinan besar pihak program tak perlu keluarkan sesen pun , just boleh guna duit tajaan . boleh ringankan beban program , In Sha Allah boleh buat banyak perkara lagi .

So post kali ini akan share mengenai Prosedur Permohoan Sumbangan / Penajaan dan Memungut derma . Credit terima kasih to HEP UTHM kerana sudi share prosedur ini , walaupun berbeza universiti tetapi prosedur yang perlu dipatuhi adalah dipetik dari Seksyen 15(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Jadi prosedur untuk semua universiti adalah sama kecuali perkara tertentu kerana sudah termaktub didalam akta Univerisiti dan Kolej Universiti.

Apa pun Sebelum membuat permohonan pada mana-mana syarikat,  Pengarah Program perlu pastikan 

1. Mendapat Surat Kelulusan Penajaan dari Pejabat Naib Canselor
2. Mendapat Surat Kelulusan Perlepasan Cukai dari Pejabat Bendahari

Tapi sebelum itu , mari kita lihat A. Prosedur dalam permohonan sumbangan , B. Maklumat yang diperlukan mengikut akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan C. Dokumen yang diperlukan untuk dilampirkan kepada syarikat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

A. PROSEDUR PERMOHONAN SUMBANGAN / PENAJAAN 

a.        Rujukan
3.1        Seksyen 15(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
3.2        Pekeliling Bendahari Bil. 2/2011 Tatacara Pengurusan Sumbangan / Hadiah / Derma di Universiti

b.        Maklumat Surat Penajaan
    1. Semua permohonan perlu dikemukakan melalui Pejabat HEP-UTHM (UTM-HEMA , UNISZA-HEPA) untuk  mendapat kelulusan Naib Canselor.
    2. Setiap permohonan perlu mengikuti format permohonan yang ditetapkan oleh Universiti masing-masing.
    3. Setiap permohonan sumbangan/penajaan dan memungut derma bagi program yang diadakan perlu dikemukakan selewat-lewatnya  3 bulan sebelum tarikh program dijalankan .
    4. Pejabat HEP bertanggungjawab memastikan permohonan yang dikemukakan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Universiti sebelum diproses bagi mendapatkan kelulusan Naib Canselor.
      1. Nama IPTA
      2. Tujuan
      3. Maklumat Program
        1. Nama Program
        2. Tarikh dan tempat program
        3. Anjuran
        4. Objektif Program
        5. Justifikasi Mengadakan Program
        6. Matlamat Program
        7. Jenis Program
        8. Jangkamasa Program
        9. Bilangan peserta        -     Nyatakan bilangan peserta dan sertakan senarai nama peserta, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon bimbit peserta program (sertakan dalam kertas kerja).
        10. Senarai ahli jawatankuasa pelaksana program
        11. Tentatif program


c.       Carta alir Tugasan dalam Permohonan sumbangan/penajaan 
c.1
Hantar surat permohonan kepada Naib Canselor dan kertas kerja program ke Pejabat HEP
(Tindakan Pengarah Program)
c.2
Terima dan semak permohonan pelajar mengikut format yang ditetapkan Universiti
(Tindakan PP HEP)
c.3
Sedia dan kemukakan surat sokongan kepada Naib Canselor

(
Tindakan KP HEP)
c.4
Terima surat maklumbalas daripada pejabat Naib Canselor

(
Tindakan KP HEP / Pengarah Program)
c.5
Sediakan surat mohon penajaan kepada pihak penaja melalui Pejabat HEP

(
Tindakan Pengarah Program)
c.6
Terima maklumbalas sumbangan tunai, cek dan barangan daripada pihak penaja

(
Tindakan Pengarah Program)
c.7
Membuat salinan dan menyerahkan semua sumbangan tunai dan cek diterima atas namaNAIB CANSELOR UTHM” kepada Pejabat HEP

(
Tindakan Pengarah Program)
c.8
Menyediakan surat dan senarai terimaan sumbangan tunai dan cek untuk dihantar ke Pejabat Bendahari

(
Tindakan PP HEP)
c.9
Menyediakan rekod perbelanjaan dan tuntutan (sila rujuk Syarat-syarat dan Peraturan Asas menganjurkan Kegiatan Pelajar)

(
Tindakan Pengarah Program)

So maklumat diatas ialah perkara dalam Surat Kelulusan yang digunakan UTHM bagi pelajar mendapatkan sokongan dari Naib Canselor sebelum memohon tajaan di mana-mana syarikat. 

Dengan mendapat kelulusan dan sokongan dari Naib Canselor universiti , peluang untuk kite dapatkan dana dari syarikat swasta atau korporat lebih cerah kerana Kertas Kerja telah disahkan dan menjadi dokumen rasmi serta kita boleh dapatkan Surat Pengecualian Cukai dari Pejabat Bendahari Universiti.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

B. MAKLUMAT DALAM SURAT MEMOHON SUMBANGAN/TAJAAN

Dibawah ini adalah Senarai semak maklumat yang digazetkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( Pindaan 1996 ) . Maksudnya ini maklumat utama yang perlu dipastukan ada di dalam setiap permohonan .

  • Nama Persatuan/Pertubuhan
  • Nyatakan tujuan kertas kerja ini disediakan iaitu untuk memohon pertimbangan dan persetujuan Naib Canselor atau memohon kebenaran mendapatkan penajaan / kewangan daripada badan-persatuan tajaan. 
    1. Ulasan Penasihat / Fasilitator beserta tandatangan
    1. Belanjawan
      • Nyatakan sumber kewangan dan anggaran perbelanjaan.
      • Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan.
    1. Pandangan daripada agensi yang berkaitan mengikut program yang dicadangkan (jika melibatkan agensi lain).
    2. Kesimpulan
    1. Ringkasan Eksekutif*

*Ringkasan Ekesekutif Bagi Permohonan Kebenaran Memungut Derma / Kutipan Wang Di Luar Kolej Kampus Di Bawah Seksyen 15A Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 Dan Program Pelajar Ke Luar Negara.
IPTA
TAJUK PROGRAM
JENIS PROJEK
MATLAMAT DAN PENCAPAIAN PROGRAM
ANJURAN
TARIKH DAN TEMPAT
BILANGAN PESERTA
ANGGARAN KOS



*Boleh rujuk contoh Surat Permohonan Tajaan



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


C. DOKUMEN ASAS MEMOHON PENAJAAN


Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu disediakan untuk dilampirkan kepada syarikat yang dimohon :

  1. Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor.
  2. Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP.
  3. Kertas Kerja ( Sebenar / Faks ).
  4. Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari.
  5. Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA.

1. Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor - Secara kebiasaannya, Kelulusan penuh program seperti ke Luar Negara mengambil masa dalam tempoh hampir 1 Bulan prosesnya. Tetapi, kita boleh memohon Kelulusan mengutip penajaan terlebih dahulu bagi memulakan gerak kerja dengan budi bicara pejabat NC. Surat Kelulusan ini merupakan mandatori iaitu wajib bagi kita melampirkannya.

2. Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP - Surat ini merupakan surat yang dikeluarkan oleh persatuan kita dan melalui dan salinan pegawai HEP yang berkaitan.

3. Kertas Kerja ( Sebenar / Faks )- Kertas kerja terbahagi kepada 2 versi iaitu yang asal dan faks. Ini kerana kertas kerja yang asal terlalu tebal dan tidak sesuai untuk difakskan kepada syarikat yang dimohon. Kertas Kerja Faks mengandungi lebih kurang 10 -12 mukasurat dan hanya mengandungi maklumat-maklumat yang mustahak sahaja.

4. Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari - Kita mestilah memohon surat pelepasan cukai selepas kita mendapat kelulusan program / penajaan daripada Pejabat NC. Caranya ialah kita mestilah mengisi borang yang disediakan di HEP dan pihak HEP akan menguruskan dengan menghantar ke pejabat Bendahari. *Surat ini juga merupakan mandatori iaitu wajib bagi kita melampirkannya kerana penting untuk syarikat 

5. Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA - Surat ini adalah optional kerana ia kurang penting, tetapi sangat penting ketika kita mahu mengeluarkan peruntukan HEP dari Pejabat Bendahari.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekiranya sudah setel semua yang dinyatakan diatas , boleh lah membuat rombongan cik kiah ke syarikat-syarikat yang ditarget .

Dibawah dilampirkan contoh Surat Permohonan Tajaan .



Sumber :
1. http://hep.uthm.edu.my/v3/index.php/en2/pusat-sumber/garis-panduan-pengurusan-kegiatan-pelajar/2-uncategorised/101-prosedur-permohonan-sumbangan
2. http://zulkarnain-azham.blogspot.my/2010/02/prosedur-memohon-penajaan.html

UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS

2 Comments »

UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS UNTUK TANAH


Oleh kerana banyak sangat pertanyaan yang aku terima mengenai unit-unit ukuran yang selalu digunakan bagi ukuran jarak dan juga unit-unit ukuran keluasan tanah, disini aku telah sediakan satu senarai panjang "unit-unit pertukaran" atau "conversion" bagi memudahkan para pembaca mengira sendiri nilai sebenar jarak dan luas yang perlu ditukar dari satu unit asal ke unit yang lain.


Sebenarnya terdapat banyak unit ukuran yang telah digunapakai di dalam pelan tanah dan juga geran tanah sejak dulu sampailah sekarang. Jadi jadual pertukaran unit ukuran bagi jarak dan luas tanah yang aku sediakan ini adalah bagi memudahkan pengiraan pertukaran jika perlu untuk membuat sesuatu kerja yang bersangkutan dengan tanah.


UNIT-UNIT UNTUK JARAK TANAH

1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba


UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 ekar = 10 rantai persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi
1 rantai persegi = 4356 kaki persegi
1 rantai persegi = 404.686 meter persegi
1 rantai persegi = 0.1 ekar



SIMBOL UNIT-UNIT UKURAN DALAM PELAN

in = inci
ka / ft = kaki
ch = rantai
m = meter
km = kilometer
m2 / mps / sq. m = meter persegi
k2 / ka2 / kp / kps / ft2 / sq. ft = kaki persegi
H / hek / ha = hektar
A / ac / ek = ekar
R / r = rood
p = pole
cal = calculation
comp = computation
ki = kiraan
dpi = dari perkiraan
sc = scale
sa = seperti asal

SIMBOL UNTUK BATU SEMPADAN

j = jumpa
tt = tiada tanda
bl = batu lama
bkl = batu konkrit lama
pkt = kayu piket
pk = paku
p = paip
pb = paip besi
sp = iron spike

>>>NOTA<<<

Jika anda memerlukan khidmat Jurukur Tanah untuk membuat kerja pengukuran atas tanah atau pun melukis pelan tanah, anda bolehlah menghubungi kami dengan klik pada link di bawah ini :-

( Hubungi kami dengan klik ayat biru dibawah ini )

"PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH BAGANBEACHBOY"

CONTOH JADUAL PERTUKARAN UNIT



1 rantai = 100 ling = 20.1168 meter = 66 kaki

Maksudnya :


1 rantai = 100 ling
1 rantai = 20.1168 meter
1 rantai = 66 kaki


UNIT LAMA DALAM GERAN TANAH DAN CP

Dalam kebanyakan pelan Geran Tanah keluaran Pejabat Tanah dan Certified Plan ( CP ) yang sekarang disebut sebagai PA iaitu Pelan Akui keluaran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) yang lama, unit ukuran yang sering digunapakai adalah samada dalam unit 'ling', 'rantai' atau 'kaki' untuk jarak dan untuk keluasan pula 'relung' dan 'jempa' akan digunakan jika lot tanah tersebut terletak dalam kawasan penanaman padi, kelapa dan getah. 'Hektar', 'ekar', 'Rood' dan juga 'pole' adalah yang biasa digunakan dan ada yang kekal ditulis dalam unit tersebut sampailah sekarang. Bagi pelan jurutera rekabentuk dan pelan arkitek yang lama pula mereka lebih suka gunakan unit 'kaki dan inci'.

Tetapi setelah negara Malaysia secara rasminya mengamalkan sistem metrik maka sekarang ini secara standardnya setiap pelan samada yang dihasilkan oleh Pejabat Tanah, JUPEM, Jurukur Tanah, Jurutera & Arkitek, kesemuanya adalah menggunakan samada unit 'meter' ( m ) atau 'milimeter' ( mm).

CARA MENGETAHUI UNIT SEBENAR YANG DIGUNAKAN

Tips untuk mengetahui unit ukuran sebenar yang digunapakai dalam pelan-pelan geran tanah dan pelan akui yang lama. Lakukanlah sedikit perkiraan mudah iaitu dengan melihat pada keluasan tanah yang tertulis di bawah nombor lot yang terdapat dalam pelan itu. Buatlah pengiraan kasar dengan mengambil jarak lebar dan jarak panjang lot tanah seperti yang tertulis secara asal bagi lot yang dalam bentuk segiempat dan cuba kira luasnya ( lebar X panjang = luas ). Lihat hasil kiraan kasar itu dan bandingkan dengan jumlah luas yang tertulis di dalam geran tanah tersebut. Jika jawapannya adalah samada tidak hampir tepat atau sangat jauh meleset maka ulang pengiraan dengan menggunakan unit yang lain pula.

Maksudnya, untuk mengetahui unit yang sebenar kita perlulah menukar unit luas lot tanah tersebut dan tukarkan juga unit lebar dan panjang lot tanah itu kepada satu unit 'ANGGAPAN' terlebih dahulu sebelum mengiranya.

Percayalah,  setelah kita menukar unit anggapan sebanyak beberapa kali barulah kita akan mengetahui apakah unit sebenar yang telah digunakan bagi setiap jarak yang tertulis di dalam pelan itu. Kuncinya adalah keluasan lot tanah yang ditulis di dalam geran tersebut. Jika luas lot itu tertulis dalam bentuk 'hektar', 'ekar', 'Rood' dan 'pole' tukarlah kepada unit 'meter persegi' dahulu. Buatlah anggapan bahawa jarak-jarak asal sempadan tanah itu adalah ditulis dalam unit 'ling', 'rantai atau 'kaki' dan tukarkannya kepada 'meter' dahulu. Mula-mula gunakan unit 'ling' tukarkan kepada meter dan kira luas lot tanah itu. Jika salah ulang lagi dengan membuat anggapan jarak itu ditulis dalam unit 'rantai' pulak. Begitulah seterusnya sampailah kita mendapat jawapan yang paling hampir tepat keluasan lot tanah itu di dalam unit 'meter persegi' seperti yang tertulis di dalam geran tanah itu.

CARA MENGIRA KELUASAN LOT TANAH

Di dalam geran tanah yang lama, keluasan lot tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis sebagai 'a', unit Rood akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Pole, Perch atau Rod yang sama nilainya pula akan ditulis sebagai 'p' sahaja.

Tetapi terdapat juga geran tanah yang dulunya terletak di dalam kawasan pertanian yang ditulis dengan menggunakan unit Relung dan Jempa bagi keluasan lot tanah tersebut. Unit Relung akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Jempa pula akan ditulis sebagai 'j'.

CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT EKAR

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2a. 1r. 0007p.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

2 ekar + 1 Rood + 7 pole

Formula asasnya adalah :

1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.293 m2

Di dalam unit meter keluasannya adalah :

= ( 4046.86 x 2 ) + ( 1011.7 ) + ( 25.293 x 7 )
= 8093.72 + 1011.70 + 177.05
= 9282.47 meter persegi

Di dalam unit kaki pula keluasannya adalah :

= ( 9282.47 m2 x 10.764 )
= 99,916.5 kaki persegi



CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT RELUNG

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2r. 383j.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

2 relung + 383 jempa

Formula asasnya adalah :

1 Relung = 30,976 kp
1 Jempa = 64 kp


Di dalam unit kaki keluasannya adalah :

= ( 30,976 x 2 ) + ( 64 x 383 )
= 61,952 + 24,512
= 86,464 kaki persegi

Di dalam unit meter pula keluasannya adalah :

= ( 86,464 kp / 10.764 )
= 8032.70 meter persegi

WEBSITE BAGI MENUKAR JARAK DAN LUAS

Terdapat satu laman web di internet yang boleh dirujuk jika anda mahu menukar jarak dan luas lot tanah dari semua jenis unit imperial yang lama kepada semua jenis unit metrik yang digunapakai ketika ini.

Unit-unit lama itu termasuklah unit Rood, rod/perch/pole, rantai, kaki, furlong, ling, ela dan juga bagi unit ukuran yang digunapakai di Amerika Syarikat yang sedikit berbeza dengan unit British. Sila klik link dibawah untuk pergi ke lawan web tersebut :-



1.) Website Untuk Menukar JARAK


2.) Website Untuk Menukar LUAS


Dari masa ke semasa aku akan menambah info mengenai unit-unit lama yang pernah digunakan di Malaysia pada waktu dahulu kala. Ini termasuklah unit-unit yang telah tidak pernah kedengaran lagi dan hanya terdapat dalam buku-buku sejarah Tanah Melayu yang telah diterjemahkan oleh pihak British dan juga Belanda. Unit-unit itu adalah seperti unit jengkal, hasta, depa, jumba, jemba, jempa dan orlong.

Sekian dahulu untuk kali ini terima kasih kerana sudi membaca blog aku ini...

SHARING IS CARING

NOTA KAKI


1.) SEBARANG SOALAN YANG BERTANYAKAN TENTANG JAWAPAN NILAI TUKARAN DARI SATU UNIT KE UNIT YANG LAIN ADALAH TIDAK AKAN DI LAYAN DAN AKAN DIPADAM.


2.) HAMPIR KESEMUA FORMULA TUKARAN NILAI ASAS YANG BIASA DIGUNAKAN TELAH PUN DISEDIAKAN. APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN ADALAH MENGIRA SENDIRI TUKARAN NILAINYA.



3.) BERUSAHALAH SEDIKIT JANGAN KESEMUANYA NAK DITANYAKAN DAN DISEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH PENULIS.



4.) TUJUAN ARTIKEL INI ADALAH UNTUK MEMBANTU ANDA TETAPI PENULIS BUKANLAH 'KALKULATOR HIDUP' UNTUK MEMBUAT KESEMUA PENGIRAAN BAGI MENYEDIAKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN ANDA.



5.) AKHIR SEKALI HARAP MAAF JIKA ADA YANG BERASA TERSINGGUNG DENGAN NOTA 'PEDAS' INI.

6.) SILA BACA KESEMUA PERTANYAAN DAN ULASAN DIBAWAH KERANA TERDAPAT BANYAK PENERANGAN TENTANG CARA PENGIRAAN DAN JUGA FORMULA PERTUKARAN BAGI UNIT-UNIT LAIN YANG JARANG ATAU SUDAH TIDAK DIGUNAKAN LAGI PADA WAKTU SEKARANG DAN HANYA BOLEH DIJUMPAI DALAM PELAN TANAH KELUARAN LAMA SEBELUM SISTEM METRIK DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.

Credit to : http://baganbeachboy.blogspot.my/2014/03/unit-ukuran-bagi-jarak-dan-luas-untuk.html

Freehold , Leasehold dan Hakmilik Sementara

No Comments »

Apakah itu FREEHOLD dan LEASEHOLD?
1) FREEHOLD
FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).
Di dalam dokumen Hakmilik muktamad ('final title'), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam gambar.



Geran merujuk kepada Hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada Hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.
Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.
2) LEASEHOLD
LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.
Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun.
Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat?
Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui / memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.
Sekiranya anda sebagai merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah.
Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan.
Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan.
Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut. Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen Hakmilik.
No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 - merujuk cara yang sama seperti Geran.
Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus 'Pajakan' kerana ianya merupakan tanah yang 'diberimilik' oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan.
Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal). Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti.
Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri-ciri yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan.
Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.
Apa itu HAKMILIK SEMENTARA?
Dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.
Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad?
Untuk Hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan Hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.
Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada 'Hakmilik Sementara' manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) - Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) - Pejabat Tanah Daerah.
Terdapat sesetengah mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan 'sementara' yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza.
Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianya pegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen Hakmilik tersebut.
Walaupun Hakmilik Sementara ini bukanlah dokumen Hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah Hakmilik muktamad dikeluarkan.
Hakmilik muktamad merupakan Hakmilik berdasarkan ukuran akhir / sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.
Semoga sedikit sebanyak penerangan ringkas mengenai 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih kurang jelas mengenainya.

Segmen Auto-Blogger Malaysia

2 Comments »

Haa baru nak berjinak-jinak dalam blogger . Sharing is Caring so kene cari cara macamne nak worldwide kan blog kite supaya dapat kite sebarkan walaupun sedikit ilmu. 



| Klik banner untuk join , thank you <3 | 

Apa tunggu lagi ? Jom kita join ramai-ramai , syarat yang dikenakan tak susah pun adik , kakak , abang , tokwan , nenek . 

Pandangan sebelum buat pilihan Asasi, Dip, Matrik atau STPM ?

2 Comments »

Haa ramai tanye pasal pembezaan Matrik , Asasi , STPM dan Diploma . Puas jugak nak jawab sorang-sorang , jadi saya masukkan semua dalam satu post je so senang untuk dibuat rujukan ramai dari generasi ke generasi huhu
Pembezaan yang dibuat ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan disekeliling, tiada kaitan antara yang hidup dan yang meninggal dunia . Cume kalau rase betul, angguk setuju , kalau rase salah haa beri pendapat yer .

Tapi sebelum korang memilih tu , bagi saya niat untuk study tu penting . kalau nak masuk u just sebab nak menunjuk atau malu dengan jiran , baik perbetulkan niat tu dulu. Ingat yer , pemilihan ini adalah jalan pertama yang akan menentukan siapa yang kita akan jadi. 

Apa pun setkan niat belajar kerana Allah dan ilmu yang dituntut perlulah digalas sebagai amanah dan tanggunjawab bukan untuk dimegah-megahkan kerana semuanya adalah Milik Allah S.W.T. kita hanya pilihan-Nya untuk menjalankan amanah menyebarkan sesuatu bidang ilmu tu. 


Matrik/asasi/STPM

kalau rase result okay dan memang kaki study, tapi still tak puas hati dengan result SPM , haa cabar diri korang dekat matrik and asasi nie sebab kaedah pembelajaran die hampir sama dengan sekolah cuma advance and ada kelainan dari segi matapelajarannya. Tapi rasenye, In Sha Allah korang yang suka membaca tu boleh bwk, kalau saya yer memang tak mampu hehe . matrik atau asasi nie masa die padat dan singkat. .grade setahun dah boleh smbung degree. . student pun dapat elaun setiap bulan. .klau kata matrik atau asasi susah. .sebenarnya belajar mana-mane pun semuanya susah. .kene pandai bahagi masa dan effort kene lebih. ramai jer yang dah berjaya sambung degree , jadi In Sha Allah korang pun boleh. .kalau kite memang jenis malas pastu cakap diri x berape nak pandai, sebenarnye takdek org yang pndai sendiri. .everything start with zero. .cume kene ingat la mse blaja ingt mak ayah . .ibu bapa kita sebagai pemberi semangat. haa baru laa tak kelaut . Jangan rugikan masa anda , sangat singkat so fokus jee . 

Then nak kongsi , ada kawan saya die mase sekolah belajar biasa-biasa je tapi fizik fav subjek die, so dengan result spm die, die dapat sambung matrik 2 tahun, tapi die tak give up , Alhamdulillah die berjaya dengan gemilangnya terus di'offer' belajar ke oversea untuk menjadi lecture matrik bila habis belajar nanti. sekarang die kat England , rasenye dah tahun 3 sekarang (2018)


Anggaran Tempoh ;
1 year @ 2 year asasi/matrik + 4 year degree = 5 @ 6 tahun study

P/s : "Pelajar lulusan matrikulasi Kementerian Pendidikan akan menerima sijil seperti lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang membolehkan mereka menceburi pasaran kerja dalam perkhidmatan awam mahu pun sektor swasta."

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lulusan-matrikulasi-boleh-mohon-kerja-1.339907#ixzz4hESNl7vj
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Tapi hakikatnya , itu adalah cadangan dari pihak kementerian dan masih diperingkat awal . tapi realitinya , tiada lagi lulusan matrikulasi yang diterima kerja dan itu hanya stigma dari kerajaan .

Macam pelajar Kolej Vokasional yang dikatakan diberi Diploma dan tiada Sijil SPM oleh kementerian Pelajaran dan dijanjikan kerja selepas tamat pembelajaran. Hakikatnye diperingkat pekerjaan , pelajar vokasional tidak diiktiraf dan tidak diterima untuk bekerja di sektor kerajaan awam dan swasta. So mohon untuk lebih peka terhadap isu-isu semasa supaya keputusan yang dibuat mengambil kira akibat yang mendatang.

Diploma
Pendapat saya diploma mungkin terbaik buat sape yang rase die slow teori dan suka mempraktik kan sesuatu perkara. Maksudnya yang jenis suka buat kerje berbanding membaca sampai terkeluar biji mata hehe , In Sha Allah diploma pilihan terbaik. . Sebenarnya amik diploma pun boleh jimat masa cume korang je tak tau. Kalau macam saya , dip perancang bandar 2 1/2 tahun klau degree pun amik kos sama, nanti jadi 2 tahun 1/2 jgk mean 5 tahun sama dgn budak degree yang dari asasi/matrik. sebab masuk degree nanti terus masuk tahun 3. .Ap pun yang pasti diploma bole dapat banyak pengalaman dan KEMAHIRAN dalam bidang yang kita ambil. .klau da grade ada pilihan untuk kerja terus atau smbung degree then senang sikit sebab kite dah ada pengalaman. Macam saya , bile abis diploma sementara tunggu degree ada 6 bulan cuti then 6 bulan tu saya kerje as consultant dekat firm planning . So nanti bile dalam resume bole tulis exprience kerje . Ap pun mane-mane pun ada kelebihan , bergantung pada bagaimana cara kita nak guna kelebihan tu. Ingat sekarang kerje makin susah , kalau ada sijil lebih in Sha Allah ada rezeki lebih . but please , jangan pernah anggap diploma senang , saya cubit nanti , ingat senang nak belajar sesuatu bidang ilmu tu dalam masa 3 tahun ? banyak cabaran ooo untuk build sesuatu kemahiran. but for me , diploma nie bukan hanya ajar saya ilmu akademik tapi komunikasi dan softskill serta detail teknikal yang sangat berguna bila belajar kelak kalau belajar betul-betul laa.

Aggaran Tempoh ;
2 1/2 year diploma + 2 1/2 @ 3 year degree = 5 @ 6 tahun study. (make sure kos dip dgn deg sama)

P/s : *Ini just nak sharing yer , pilihan saya untuk belajar sekarang 

So abis diploma saya dapat tawaran kerja ,  dalam masa yang sama saya sambung degree separuh masa , maksudnye isnin hinga jumaat kerje then sabtu ahad kelas . Kelebihan kaedah ini , dalam masa belajar kite ada pengalaman bekerja , maksudnye abis belajar nanti terus ada penglaman bekerja contoh ; 
2 1/2 year diploma + 4 1/5 year degree = 6 @ 7 tahun study ( Jadi grade je degree , saya dah ada 4 1/2 tahun pengalaman bekerja )

. Itu hok mahal tu , gaji dah boleh demand sikit hehe. Cume agak mencabar sebab kite buat 2 kerje dalam satu masa . Tapi yelah bukan senang nak senang .




it's depend on u actually. .buat pilihan yg terbaik. .jangan nanti ade rasa penyesalan. so selagai ada masa , bertanya pada kakak kakak dan abang abang yang dah lalui perjalanan yang menjerihkan ini, jangan malu dan jangan jadi bodoh sombong. .kalau kata tersalah buat pilihan. , ingat itu bukan salah sesiapa tapi tu jalan Allah nak beri dan adalah tu hikmahnyer .kne blajar redha dan teruskan usaha. .jangan smpai nak graduation pun asyik nak menyesal je. . ini realiti yer , tahun 4 dah final year degree tapi kate tak bole pergi sebab tak minat . sayang laa . pilih course tu dlu sebab ikut kawan hmm. 

PALING PENTING ! .pilih jangan ikut kawan. tapi pilih ikut MINAT kita .ingat limit kita.

Mengenai kerje selepas belajar , takdek istilah bidang nie takdek kerje , bidang nie mudah kerje . Semua bergantung pada cara kerja kite , sikap kita dan kemahiran kita . Apa pun semuanya itu rezeki dari Allah S.W.T . Jadi bersyukur dan ucaplah Alhamdulillah

Tapi apa pun gaiss , ingatt masaa masaa masaa bukan segala galanya .Tiada istilah "Jimat masa" dalam menuntut ilmu 

Yang penting Minat Minat Minat !

Zaman kita bukan zaman macam akak abg kita , memang abis belaja terus dapat kerje, masa tu sorang je dalam kampung dapat masuk universiti 

Tapi sekarang jarang dengar orang tak masuk universiti, ipts pun tumbuh macam cendawan selepas hujan . Yela ilmu dah diniagakan..So Ingat bukan akademik semata-mata untuk berjaya tapi Fokus juga pada Kemahiran dan Skill, biar lama belajar asalkan berkualiti  dari belajar sekejap tapi gune mesin fotostat pun tak pandai.😎

Ingat , dalam Islam pelajar baru adalah orang yang belajar selama 15-20 tahun , kita baru 4 tahun dah mengeluh macam hidup 5 tahun je . come on gais , enjoy and choose wisely.

Ap pun yang penting JANGAN Lupa Allah dan JANGAN Tinggal Solat ;)

Sistem Semakan Kelayakan IPT : iMASCU

No Comments »


Tahniah di ucapkan kepada semua lulusan SPM and STPM yang mane dah dapat result , ap pun result yang kite dapat , result itu sebenarnye adalah kunci untuk masuk ke alam universiti. 

Kire tinggi ke rendah ke keputusan result kite, apa yang pasti bile masuk Universiti semua akan jadi 0-0 semula . Mudah kata bile kite masuk u , kite akan jadi macam bayi sebabnya kita akan belajar mende baru . Walaupun result kite hanyalah sekadar kunci untuk masuk U, tapi dengan result jugak lah kite akan jadi lebih matang , dengan result nie jugak laa yang menjadi kenangan untuk kite ;)

Disini kome nak kongsikan ,

Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA Semak syarat kelayakan anda ke program Asasi, Diploma dan Ijazah semua IPTA bagi pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi KPM



Kemudahan semakan portal ini adalah berdasarkan syarat minimum untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier. Calon perlu memenuhi syarat am dan khas dulu.

Semakan ini hanya sekadar garis panduan untuk korang membuat keputusan bidang yang layak berdasarkan result korang . Ap pun yang penting , kome rase minat itu yang terbaik tapi still kene tengok pada kelayakan kite dlu hehe

Haa ikut je step nie , nanti keluarlah belaka course apa yang korang layak yerr , then baru buat keputusan .

Step 1
Bile korang click link tu , akan keluar 

Isi maklumat korang dahulu
Step 2
Then die akan tanyekan result korang , so bole laa masukkan result tu .

Nanti lepas isi die akan  keluar kotak "SETUJU" , tandakan je then click okay


Step 3
Lepastu baru lah keluar Universiti and Course apa yang korang layak mengikut kepada minimum keperluan . 

Haa keluar lahh , sorry laa tak keluar dekat kome nie sebab kome dah nak abis blajaa hehe
Step 4
Dah tau kelayakan , then bole lah buat kajian pasal bidang2 yang korang nak amik , tanye senior-senior or orang yang belajar dalam bidang tu. Kalau bole elakkan 'bisikan-bisikan syaitan' yer .  lepastu baru update semula upu . 


Apa yang pasti , pilih lah mengikut minat bukan kerana kawan-kawan dan bukan jugak kerana ibu bapa kerana yang akan belajar nie kite so pilih berdasarkan minat dan kemampuan 

Nie untuk renungan bersama , kalau kate korang jumpe kawan , jangan sesekali tanye berape die dapat tapi ucap dulu Tahniahh. 😊 Ap pun yang die dapat adalah rezeki dari Allah , yang pasti die pun dah berusaha mcamne kite usaha. 

Mungkin die dapat rendah dari kite sebab Allah nak uji kite samaada kite bersyukur atau tidak . Mungkin jugak kawan kite dapat tinggi dari kite sebab Allah nak minta kite amik ikhtibar dan pengajaran dengan apa yang kita dapat. 


Program Kelab Urban Regional Planning dekat Kuala Berang tahun 2012 hehe

PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH

51 Comments »

Town Planning / Urban Planner / Perancang Bandar

Haa memandangkan ramai yang tidak tahu pasal course perancangan bandar dan wilayah / town planning nie , so baik kome maanfaatkan ilmu yang seciput ni untuk terangkan apa sebenarnya course town planning nie . 

Alhamdulillah , kome baru sahaja menamatkan diploma perancangan bandar dan wilayah dekat Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bila difikirkan balik , sebenarnye agak pantas masa berlalu kerana rasa baru je masuk belajar tup tup nak abis dah pun . 



Alhamdulillah sekali lagi , sebulan sebelum abis diploma , bos masa kome praktikal call untuk masuk kerje lepas abis belajar . So dapat cuti seminggu je then terus sambung kerje , tu lah kelebihan diploma yang kome dapat. Walaupun masih muda, kite dah berpeluang untuk berkecimpung dalam industri / kerje yang sebenar , nie pun Alhamdulillah dah 2 bulan merasa gaji hehe. 

Urban Scale, Consultant of Planning
The Reason Why We Are Urbanist - Because We Love Our Community
Jadi base on pengalaman yang ciput dalam bidang nie , In Sha Allah sedikit sebanyak perkongsian yang bole dikongsi terutama untuk adik-adik lepasan SPM dan STPM yang sedang dalam dilema untuk membuat pilihan. So ini salah satu pilihan anda iaitu Alam bina.

Falkulti Alam bina terdiri daripada bidang-bidang yang terlibat dengan pemajuan sesuatu pembangunan. Antara bidang dalam alam bina ialah

1. Arkitek
2. Perancangan Bandar dan Wilayah
3. Surveyor / Ukur Bahan
4. Geomatik / Ukur Tanah
5. Pengurusan Hartanah
6. Civil Engineering

Tugasan seorang perancang bandar . its about life of the people


Perancangan Bandar dan Wilayah
Falkulti : Alam bina

Perkongsian ini adalah  untuk semua pelajar untuk bukak mata dan hati supaya tak terikat dengan pemikiran medic n enginering je satu satunya pekerjaan kat dunia nie 😁😁 . ( so bidang nie Khas utk utk sape yang rasa tak bole pergi jauh dalam sains tulen like me 😅 ) 

First , doktrin Perancangan itu sendiri "Jaga hubungan dengan Tuhan" , "Jaga hubungan dengan Manusia" dan "Jaga hubungan dengan Alam sekitar"

Kalau tengok pada doktrin perancangan nie, course nie sebenarnya ada pembezaannya yang tersendiri , yang pasti tidak sama dengan course2 lain dan takdek kene mengena langsung dengan mesin2 , enjin2 dan takdek kene mengena jugak dgn orang2 sakit , tapi secara umumnya , course ini lebih meluas dengan menyediakan persekitaran yang baik untuk manusia. 

Sebenarnya tak banyak universiti yang tawarkan bidang nie ,
1. UTM (dip&deg) - Haa kome belajo sini laa
2. UiTM (dip&deg) 
3. UiA (deg)
4. USM (deg)
5. Polimas (Dip)

Dari segi penawaran pembelajaran , course planning nie boleh dikatakan KURANG saingan untuk memohon pekerjaan nanti berbanding kos lain sebab tak banyak u yang tawarkan. ( Tapi bergantung kepada kemahiran dan disiplin individu itu sendiri )

Untuk Town Planning dekat UTM nie , kami ditekankan dengan kaedah pembelajaran 60% Praktikal 40% Teori . So selain dari ilmu teori perancangan kami juga ditekan kan dengan teknikal . Antara software yang perlu dijadikan makanan oleh semua planner :-
1. Autocad
2. Adobe Photoshop
3. Microsoft Office
4. Sketchup
5. SPSS

Skop Pembelajaran bagi Dip UTM
1. Studio Perancangan ( Lukis pelan dan Report Rancangan Tempatan )
2. Urban Engineering 
3. Traffic Engineeing 
4. Law in planning
5. Urban Design
6. Site Planning
7. Geographical Information System (Software)
8. Autocad (Software)
9. Urban Economy
10. Rural & Regional Planning
Sebenarnya banyak lgi tapi hok nie kire core subjek.


Skop Kerja sebagai seorang Perancang Bandar : 


Mengawal bandar dengan memberi Kebenaran Merancang untuk sebarang pembangunan baru
1. Mengawal dan merancang pembangunan daerah / bandar.
2. Memberi kelulusan kepada pembangunan baru bagi suatu daerah
3. Merancang bandar baru dan bandar sedia ada.
4. Membuat pelan @ map sesuatu kawasan termasuk pelan jalan , pelan infrastruktur n utiliti  , pelan 


Menasihati client @ developer untuk sebarang cadangan pembangunan baru
5. Menasihati developer dalam cadangan pembangunan baru
6. Memenuhi keperluan penduduk dengan memastikan sesuatu kawasan mempunyai sekolah , infra n uti , bekalan air n elektrik etc  yang mencukupi
7. Kajian ekonomi dan sosial penduduk setempat dengan keadaan sediada kawasan itu.
8. Menyediakan Rancangan Tempatan setiap daerah bagi setiap 5 tahun. 
9. Membuat keputusan bagi pembangunan di setiap daerah di malaysia.

Antara Pekerjaan seorang pelajar Perancang ialah
1. Urban planner 
2. Town planner / Perancang bandar / Perancang pembangunan / 
3. Pegawai Majlis daerah / Pejabat Tanah Daerah
4. Pensyarah 
5. Freelance  
6. Consultant
7. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri 

Kerajaan : Majlis daerah , Pejabat Tanah Daerah ,  Jabatan Perancang Bandar & Desa dan Kementerian Perumahan & Kerajaan tempatan
Swasta : Consultant planning , Consultant arkitek dan developer ( sime darby , sp setia , MRCB etc )

Kalau sape sape ada minat dan kebolehan macam nie , abam sarankan bidang nie bole la dijadikan salah satu pilihan 
1. Berani dan suka berunding dengan orang 
2. Berkebolehan membuat keputusan
3. Berani mengambil risiko
4. Minat cenderung pada Sains sosial dan sastera
5. Tidak minat subjek sains tulen like me 😂😂

So ini adalah sedikit perkongsian untuk semua yang bakal bergelar graduan , apa pun keputusan kita , make sure apa yang kite pilih adalah berdasarkan minat dan kata hati kita. 

In Sha Allah kalau kome rajin , nanti kome kongsikan sekali cara belajar dan kaedah pembelajaran kami. Kalau ada ap2 sebarang pertanyaan boleh laa tanye dekat fb or dekat mane2 yang bole kome dapat tapi maaf kalau lambat balas , busy sikitt hehe




Antara Perancang-perancang Legasi Perancang UTMKL 13'-16'
Abam yang kacak sekali k. ;p

My Office , Urban Scale Sdn Bhd



P/s : Nak maklum , selepas UTM dapat title "Research University" tahun lepas, 2016. Diploma UTM secara rasmi telah dimansuhkan dan saya adalah merupakan second last student diploma.

Tapi awal tahun 2017 nie , UTM bukak balik diploma tapi telah dijadikan swasta atau IPTS secara keseluruhannya. Jadi yuran agak mahal dan kemasukan itu tiada tapisan dari Kementerian Pendidikan seperti sebelum ini. UTM diploma juga sudah tiada dalam senarai UPU kerana bukan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia lagi.
Jadi pesanan saya buat adik-adik yang nak apply diploma , mungkin yang terbaik boleh dijadikan pilihan ialah UiTM dan Politeknik . yuran yang agak murah dan pembelajaran yang hampir sama dengan UTM


Apa pun semuanya atas pilihan masing-masing , pilih yang terbaik . In Sha Allah mane nak tanye lanjut , bole dm instagram syahmiazmann . saya akan bantu mana yang mampu .