Archive for Januari 2018

HABIS SPM ? Nak buat apa ??

No Comments »

Habis je jawab Exam SPM , semua student akan rasa heaven "Yeayyyhh , Akhirnya aku akan tinggalkan sekolah ini" . Satu perasaan yang sangat lega sebab dapat tamatkan Zaman Persekolahan yang dah dilalui hampir 11 tahun haha.

Tapi kan sebenarnya , itu bukanlah pengakhiran tetapi itu adalah titik permulaan sebelum bermulanya penggembaran yang sebenar haha. Rasanya selepas SPM memang akan jadi dilema untuk semua.



Sebab kite dah mula kene fikir dan kaji sendiri , apa yang perlu dibuat ? macamne nak masuk degree ? nak kerja apa nanti ? semua dah makin dewasa, jadi dah lain sikit fikirnye huhu.


"Ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu apakah pilihan laluan yang boleh diambil dan apa kepentingan laluan tersebut dalam menentukan masa depan kita atau apa yang kita akan jadi suatu hari nanti"


Berdasarkan sedikit ilmu yang dikurniakan , pada pendapat saya sebagai seorang pelajar , kite akan melalui Tiga (3) STAGE @ PERINGKAT sebelum kite masuk sesuatu bidang  ,


STAGE 1 ; Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Sedia maklum semua dah lalui peringkat pertama nie , dah hadap dan cume tunggu result je nanti . Stage ini seperti kunci untuk kite masuk ke stage2 yang seterusnya


STAGE 2 ; ASASI , MATRIK , STPM & DIPLOMA
INI sebenarnye stage yang kita semua kene tahu sebelum to the next level , kite kene tahu LALUAN mana yang perlu kite perlu lalui sebelum kita pilih bidang secara lebih detail

Selain itu , stage ini juga akan menentukan kelayakan dan arah laluan kita .

Boleh baca pada post saya yang http://syahmiyami95.blogspot.my/2016/03/pandangan-sebelum-buat-pilihan-asasi.html


STAGE 3 ; DEGREE @ Qualified License dll
Stage nie memang korang akan jadi somebody berdasarkan bidang yang kita pilih dan dah belajar nanti.


Saya hanya cerita secara ringkas laluan selepas SPM , boleh rujuk laman web lain atau rujukan lain untuk mendapat keterangan yang lebih jelas. So di bawah ini adalah gambar laluan pilihan-pilihan selepas SPM ;)


Sumber ; http://amsran85.blogspot.com/2015/03/destinasi-kerjaya-bagi-lepasan-spm-2015.html


Golden Age ?

2 Comments »

Selalu dulu waktu sekolah kat PPPTR start mase form 2 rasenya , kalau saya ada terbaca artikel-artikel menarik , pasti saya akan copy balik dalam Word untuk simpanan saya . Cuma masa tu saya akan kumpulkan dalam satu folder then saya akan buat satu folio tau ,

Folio tu ada pelbagai ilmu , ada pasal kewangan, perubatan , pekerajaan , motivasi , pendidikan , agama tapi mostly something yang common sense , ilmu yang mungkin tidak dapat diperoleh dari sekolah mahupun universiti yang dishare oleh somebody.

Jadi bagi nak mengembangkan pahala die , saya akan foliokan then jadikan sebagai bacaan tapi sayang , seminggu lepas saya dah foliokan tu , folio tu hilang tak dapat dicari tapi yang pasti ramai yang berminat lepas print tu .

Dah laa mahal nak foliokan , yela mase tu gune duit belanje kat kantin 3 hari kut buat folio tu haha . lesap gitu je , tapi harapnya ada orang buat rujukan dan amalan so kire halalkan jela hehe.

Jadi In Sha Allah lepasnie akan mula tulis pada blog , cuma akan ada mukadimah yang panjang dlu laa sebelum masuk pengisian haha . yela blog sendiri je pun bukan orang lain , just share rase mana perlu untuk diketahui oleh semua orang then saya sendiri pun nanti bila perlu , saya just bukak je blog nie . kalau sekarang banyak dalam folder , once rosak @ hilang laptop , hilang laa ilmu2 yang bernilai tu . so after this in Sha Allah saya akan nukilkan dalam blog untuk tatapan masa-masa akan datang .

So ini Perkongsian dari group WS Surau AlMunawwarah Sec 13 mengenai 'Golden Age'👇

--------
Apa itu Golden Age ?
Golden Age?
Kanak-kanak berusia 0-6 Tahun

Merujuk pada apa Golden Age ni?

Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan Al Quran
Bukan Solat
Bukan Buku kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes

Rupanya silap banyak sangkaan saya

Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran

Nasihat pertama berbunyi:

" Wahai Anakku,,Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar"

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH

eh..kenapa tak sebut solat dulu?Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman

Rupanya anak yang dberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk  bersolat pada usia 7 tahun nanti
.
.

Bagaimana pula dengan didikan kenal Al Quran dan ajar solat seawal kecil?

Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan..
cuma jangan terlalu disibukkn dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan Aqidah

Membaca Al Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai

Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam Aqidah

Soalannya..

Bgaimana mahu tanamkan Aqidah dalam diri anak kecil?
(Tips ini untuk anak yang 2 tahun keatas)

1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

"Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?" soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut

"Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?'

Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah

Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma' ul husna)

Contoh jawapan saya beri:

"Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
.Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar..
Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?"

Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak

Contoh:

"Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?"

"Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?"

Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia

Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya..

2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim..
Bukan Allah yang garang..Bukan Allah yang suka menyeksa

Yang ni aspek paling penting!

Ramai yang silap didik anak bab ini..

kenapa kena solat?
Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)

Tukar ayat ke:

Kenapa kena Solat?
Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?

Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau Neraka

Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim

Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya

Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika  buat kebaikkan yang Allah suka

saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti

Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim

3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah..
PUJI mereka

Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa

Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan

Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu..
jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun..

Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap..saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri  menjawab bahawa "Allah ada..jangan takut  " lalu dia tidur dengan lena.

PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah,
kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah "desirable attitude" (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.

Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai "desirable attitude" yang kita mahu mereka ada dari kecil..

Aapakah desirable attitude yang kita mahu?

Anak sentiasa merasa Allah berada dimana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka

Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau Haram

Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah

Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al Quran dan Hadith

.
.
Semoga penulisan ini membawa manfaat bagi yang sabar membaca dan silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan.
----

Semoga perkongsian ini satu perkongsian yang berpanjangan in Sha Allah , ameen