Golden Age ?

Selalu dulu waktu sekolah kat PPPTR start mase form 2 rasenya , kalau saya ada terbaca artikel-artikel menarik , pasti saya akan copy balik dalam Word untuk simpanan saya . Cuma masa tu saya akan kumpulkan dalam satu folder then saya akan buat satu folio tau ,

Folio tu ada pelbagai ilmu , ada pasal kewangan, perubatan , pekerajaan , motivasi , pendidikan , agama tapi mostly something yang common sense , ilmu yang mungkin tidak dapat diperoleh dari sekolah mahupun universiti yang dishare oleh somebody.

Jadi bagi nak mengembangkan pahala die , saya akan foliokan then jadikan sebagai bacaan tapi sayang , seminggu lepas saya dah foliokan tu , folio tu hilang tak dapat dicari tapi yang pasti ramai yang berminat lepas print tu .

Dah laa mahal nak foliokan , yela mase tu gune duit belanje kat kantin 3 hari kut buat folio tu haha . lesap gitu je , tapi harapnya ada orang buat rujukan dan amalan so kire halalkan jela hehe.

Jadi In Sha Allah lepasnie akan mula tulis pada blog , cuma akan ada mukadimah yang panjang dlu laa sebelum masuk pengisian haha . yela blog sendiri je pun bukan orang lain , just share rase mana perlu untuk diketahui oleh semua orang then saya sendiri pun nanti bila perlu , saya just bukak je blog nie . kalau sekarang banyak dalam folder , once rosak @ hilang laptop , hilang laa ilmu2 yang bernilai tu . so after this in Sha Allah saya akan nukilkan dalam blog untuk tatapan masa-masa akan datang .

So ini Perkongsian dari group WS Surau AlMunawwarah Sec 13 mengenai 'Golden Age'👇

--------
Apa itu Golden Age ?
Golden Age?
Kanak-kanak berusia 0-6 Tahun

Merujuk pada apa Golden Age ni?

Bukan Flash Cards
Bukan Hafazan Al Quran
Bukan Solat
Bukan Buku kanak-kanak
Bukan Educational Toys
Bukan Set Pembelajaran yang harga 4 angka
Bukan Nursery Rhymes

Rupanya silap banyak sangkaan saya

Tersentak saya bila dengar kupasan mengenai nasihat Luqman dalam al Quran

Nasihat pertama berbunyi:

" Wahai Anakku,,Janganlah engkau menyukutukan Allah,
Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) itu adalah benar-benar kezaliman yang besar"

Rupanya asas pendidikan anak ketika kecil pada masa kritikal yang kita gelarkan sebagai Golden Age ialah pendidikan AQIDAH

eh..kenapa tak sebut solat dulu?Solat jatuh ke tangga agak bawah dalam nasihat Luqman

Rupanya anak yang dberi asas pendidikan AQIDAH ketika 0-6 tahun akan mudah untuk  bersolat pada usia 7 tahun nanti
.
.

Bagaimana pula dengan didikan kenal Al Quran dan ajar solat seawal kecil?

Bagus..! Dan sepatutnya diteruskan..
cuma jangan terlalu disibukkn dengan Flash Card atau Hafazan/solat hingga tertinggal aspek pendidikan Aqidah

Membaca Al Quran dan Hafazan hanya merupakan skill yang kita mahu anak kuasai

Tetapi benih keimanan bermula dengan menanam Aqidah

Soalannya..

Bgaimana mahu tanamkan Aqidah dalam diri anak kecil?
(Tips ini untuk anak yang 2 tahun keatas)

1) Perkenalkan Allah dan CiptaanNya

"Mak, kenapa Allah buat kita ni ada gigi ?" soalan anak saya yang berusia 4 tahun sambil tunjuk dalam mulut

"Mak, dah hujan..kenapa Allah turunkan air dari atas?'

Saya pasti setiap anak kita selalu tanya soalan pelik-pelik pasal diri mereka atau Allah

Usahakan untuk beri jawapan, dan kaitkan dengan sifat-sifat Allah (asma' ul husna)

Contoh jawapan saya beri:

"Allah bagi adik dan mak gigi supaya kita boleh koyakkan makanan, dan boleh kunyah makanan sampai hancur..sebelum telan.
.Adik bayangkan kalau kita tak de gigi, tercekik nak telan makanan keras dan besar..
Baikkan Allah sebab bagi kita gigi?"

Kadang-kadang giliran kita pula bersoal jawab dengan anak

Contoh:

"Adik agak kenapa Allah bagi jagung ni ada rambut..?"

"Kenapa Allah jadikan malam gelap..tak de cahaya?"

Galakkan anak untuk berfikir tentang kejadian alam dan setiap yang Allah ciptakan tidak sia-sia

Tugas ibu ayah ialah lebihkan bercerita mengenai Allah dan CiptaanNya..

2) Perkenalkan Allah sebagai Ar Rahman Ar Rahim..
Bukan Allah yang garang..Bukan Allah yang suka menyeksa

Yang ni aspek paling penting!

Ramai yang silap didik anak bab ini..

kenapa kena solat?
Sebab kalau tak solat Allah marah..(ini ayat biasa kita)

Tukar ayat ke:

Kenapa kena Solat?
Sebab Allah sayang orang solat..adik nak masuk syurga dengan mak dan ayah kan?

Umur 0-6 tak perlu cerita pasal azab ALLAH atau Neraka

Ceritakan tentang sifat Allah Ar Rahman dan Ar rahim

Ceritakan mengenai syurga dan isi kandungannya

Minta anak bayangkan nikmat syurga yang dia bakal dapat jika  buat kebaikkan yang Allah suka

saya terkejut dengan imaginasi anak saya mengenai syurga..bagaimana dia bayangkan dia akan mandi dalam sungai di syurga nanti

Mudah untuk mendorong anak buat kebaikkan jika hati mereka terpaut pada sifat-sifat Allah Ar Rahman Ar Rahim

3) Bila anak sudah mula bertanya mengenai Allah..
PUJI mereka

Bila kita sentiasa berbicara mengenai Allah, anak akan merasakan keberadaan Allah sepanjang masa

Pada peringkat ini, anak akan mula bertanya pelbagai soalan

Ibu ayah jawablah dengan bijak dan berilmu..
jika kurang pasti dengan jawapan jangan segan untuk beritahu pada anak kita tak tahu jawapannya dan kita akan mencari.(ini adab ilmu)

Saya masih teringat dialog anak saya ketika dia berusia 3 tahun..

Dia takut untuk tidur kerana bilik gelap..saya belum sempat nak comfort tiba-tiba dia sendiri  menjawab bahawa "Allah ada..jangan takut  " lalu dia tidur dengan lena.

PUJI anak bila mereka selalu kaitkan kehidupan mereka seharian dengan Allah,
kerana bila kita memuji anak..mereka akan faham bahawa perbuatan mereka adalah "desirable attitude" (perbuatan yang baik) yang kita mahu kekalkan.

Tanpa pujian, anak akan kurang mengerti mengenai "desirable attitude" yang kita mahu mereka ada dari kecil..

Aapakah desirable attitude yang kita mahu?

Anak sentiasa merasa Allah berada dimana-mana, Melihat mereka, Mendengar mereka

Anak yang faham mengenai keberadaan Allah akan takut untuk buat sesuatu yang Allah tak suka atau Haram

Maka peringkat seterusnya iaitu pendidikan solat akan menjadi lebih mudah pada usia 7 tahun nanti, inshaAllah

Kerana mereka sendiri akan terdorong untuk bersolat, menutup aurat dan membaca Al Quran dan Hadith

.
.
Semoga penulisan ini membawa manfaat bagi yang sabar membaca dan silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan.
----

Semoga perkongsian ini satu perkongsian yang berpanjangan in Sha Allah , ameen 

This entry was posted on Sabtu, 13 Januari 2018 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Golden Age ? ”

  1. Did you hear there is a 12 word sentence you can say to your crush... that will induce intense feelings of love and impulsive appeal for you deep inside his chest?

    Because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, admire and care for you with all his heart...

    12 Words Will Fuel A Man's Desire Impulse

    This instinct is so built-in to a man's genetics that it will make him try harder than before to love and admire you.

    As a matter of fact, triggering this all-powerful instinct is absolutely mandatory to having the best possible relationship with your man that the instance you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You'll immediately find him expose his heart and soul for you in such a way he never experienced before and he will see you as the only woman in the universe who has ever truly appealed to him.

    BalasPadam
  2. Harrah's Hotel and Casino, Reno, NV - Mapyro
    Property LocationWith a stay 하남 출장마사지 at Harrah's Hotel and Casino in 군산 출장마사지 Reno (Reno: United States of 용인 출장마사지 America, 89109), you'll be 경상북도 출장샵 within 의왕 출장마사지 a 5-minute drive of Harrah's Reno

    BalasPadam