Memaparkan catatan dengan label Pelaburan ASB. Papar semua catatan

TEKNIK KUMPUL DUIT KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN GUNA ASB LOAN

No Comments »

TEKNIK KUMPUL DUIT KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN GUNA ASB LOAN

Aku pun sebenarnye baru je berjinak-jinak dalam pelaburan ASB nie. Sebenarnya takut jugak nak masuk sebab orang kata pelaburan asb tu haram.
.
Tapi tahun 2015 nie ak tetap amik keputusan untuk melabur jugak disebabkan yang kata haram tu 'orang' bukan mufti or ustaz-ustaz. Tapi tak semudah abc untuk ak buat keputusan , ak buat kajian 3 hari 3 malam dalam pelbagai sumber. Keputusannya , pelaburan ASB itu hukumnya harus merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan. Nak lebih detail , baca post aku yang bertajuk Hukum Pelaburan ASB .

Haa soo tunggu apa lagi ? Nak tunggu dah umur 30 tahun baru nak buat ? Memang terlepas laa zaujahh aku derr . Even die tak kesah , tapi kau sanggup ke tengok orang yang kau sayang susah or  duit lebih untuk spent dengan parent or nak tolong adik beradik ? Tak perlu kita nak bergantung pada duit gaji kite je nanti. So ada masa, tengah belajar lagi time nie laa blaja ilmu kewangan nie nanti dah kerje lecehh nak belajar huhu.

Ikut laa kehendak masing-masing , aku just berkongsi ilmu dan share apa yang telah aku baca. Apa yang pasti atas diri sendiri mane yang terbaik , In Sha Allah dari semasa ke semasa aku post pasal kewangan.

Mungkin post aku nie dapat memberi ilham pada sesetengah orang dan menjadi lebih berjaya dari aku, tu aku tak kesah tapi satu je aku nak korang ingat jangan lupa niat kerana Allah S.W.T , mak ayah , the special one, adik beradik dan komuniti kite.  Kalau kate ada lebih lagi , belanje laa aku , kite kan kawan hehe.

Ap pun paling penting, JANGAN SOMBONG ! JANGAN KEDEKUT !!





So here i want to share something yang boleh buat otak kite berfikir sejenak pasal masa depan. Nie bukan asli dari aku , aku pun masih menuntut dan bermula kecil kecilan tapi just nak share.

Ikut tak ikut , logik tak logik korang fikir laa sendiri , dah besar panjangkan . Just bagi aku , kalau nak berduit taknak sorang-sorang , biar kawan-kawan aku berduit sekali so kalau lepak sama-sama takdek laa aku sorang je keluar duit haha.


Teknik kumpul duit kawin guna asnb loan terbaik


Ramai orang-orang bujang tercari-cari macam mana nak kumpul duit dengan cepat. Kalau masuk meminang, tarikh nikah mesti la lebih kurang setahun lepas tu.

Takkan nak mintak tempoh tunang 3 tahun kan? Orang kata darah manis....banyak cabarannya!

Jadi, kalau dah start berkenal-kenalan, mulalah langkah teknik kumpul wang secara bijak asb loan ni. Takkan nak simpan sikit-sikit pastu masukkan dalam akaun bank yang jarang guna atau kad ATM dah kena potong?

Jom kita buat kira-kira teknik kumpul duit kawin guna ASB Loan:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah 1 : Simpanan RM600

Kaedah simpanan normal RM600 sebulan:


RM600 sebulan simpan dalam Akaun Saving (Bank Islam, Maybank , CIMB etc)
RM600 X 36 bulan = RM21,600.00 jerr

Kaedah Teknik Kumpul Duit Kahwin ASB Loan RM33K:

RM604 sebulan bayar ASB Loan RM110K

Genap 3 Tahun, sila jual ASB Loan anda.
Jumlah Dividen = RM28,568.00
Cash Value = RM4,951.00
Total Untung = RM33,519.00
* Sila pakat dengan pasangan untuk apply teknik ini juga. Dapat la double amount!


Kaedah 2 : Simpanan RM1098

Kaedah Normal RM1098 sebulan:

RM1098 sebulan simpan dalam Akaun Saving.(Bank Islam, Maybank , CIMB etc)
RM1098 X 36 bulan = RM39,528.00 jerr

Kaedah Teknik Kumpul Duit Kahwin ASB Loan RM60K:

RM1098 sebulan bayar ASB Loan RM200K (Pakat dengan pasangan bayar separuh-separuh. Guna satu nama)

Genap 3 Tahun, sila jual ASB Loan anda.
Jumlah dividen = RM51,900.00
Cash Value = RM9,000.00
Total Untung = RM60,900.00

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak teknik die tu ? nampak takk ?? . Pembezaan antara simpanan sendiri dengan kau buat simpanan dalam Pelaburan ASB .

Kalau aku laa yang buat simpanan sendiri , konfirm ak berani potong jari lahh , bulan kedua aku dah keluarkan duit beli aiskrim .

Tapi kalau Pelaburan ASB , kalau kau nak keluarkan duit , kene beratur panjang pastu kalau loan yang kau buat tu, tak jadi milik kau lagi kecuali laa dah abis bayar hehe. Dividen pun masuk 12 bulan sekali soo nak atau tidak perlu tunggu dan biar duit tu membiak laa. hehe

So sape kate kite tak bolehh , ada peluang just grab it huhu. Cume kene rajin membaca dan mengkaji laa choii .


Ilmu takkan datang bergolek , kecuali kau terpaksa bergolek kerana ilmu.
SyahmiAzman



In Sha Allah berjaya bro , Nanti kalau kate dah nak kahwin , jangan lupa jemputtt . hehe



Nak tahu tak ? kunci nak berjaya apa ? , SIMPANAN & DISIPLIN. So kalau rasa logik , its up to youu . Just Sharing ;)




Hok ni sumber gue :
Sumber : http://pelaburan-asb-loan-terbaik.blogspot.my/

Hukum Pelaburan ASB

No Comments »

JANGAN CEPAT MENJATUHKAN HUKUM, SIAPALAH KITA INI

Bila teknologi di hujung jari dan Pok cik google yang sentiasa ada jawapan maka terlahirlah ramai pakar-pakar yang berjaya menjatuhkan fatwa tersendiri berdasarkan "rasa" betul dan dipengaruh pakar-pakar disekeliling . *Termasuklah diri sendiri haha

Tak dinafikan memang pernah timbul isu panas iaitu ASB Haram tetapi sudah diselesaikan pun oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 . Cuma biasalah bile terlalu ramai pakar, perkara yang sudah diselesaikan , tidak akan pernah selesai.



Perkara ini memang tak dapat dinafikan sebab ak sendiri tak tahu kenapa kite terutama orang melayu selalu suka buat satu conclusion terhadap satu perkara berdasarkan pemahaman kite sendiri sedangkan tiada dibuat sebarang kajian khursus pun dan tak merujuk yang lebih mengetahui. 

Jadi disini aku nak nyatakan dan nak bersihkan niat dan penilaian diri aku sendiri terhadap hukum dalam Pelaburan ASB sebab dulu ak laa salah seorang pakar tu hahaha. Sekarang dah insaf , cube buat seberapa banyak kajian . So dalam banyak-banyak kajian yang aku buat , hok nie aku lampirkan sumber yang paling mudah dan senang untuk semua fahami.


Sumber 1


Cuba baca...copy paste daripada Sifu ASB KEY
fatwa kebangsaan berkaitan asb
Dialog antara seorang UTAA (Unit Trust Agen A) dgn saya (KEY): 


UTAA: Awak tau kan ASB tidak Patuh Shariah. Bahasa kerasnya tidak Halal @ Haram. Kenapa awak teruskan promote ASB besar-besaran? Jom joint dgn saya. Syarikat Kami tawarkan dana2 yang Patuh Shariah.

KEY: Sapa kata ASB Haram? Ops lupa awak yang ckp tadi. Siapa kata ASB tidak patuh Shariah?

UTAA: Suruhanjaya Sekuriti

KEY: setahu saya mereka Cuma menyatakan tidak mengeluarkan sijil iktiraf ASB sebagai Dana Patuh shariah oleh suruhanjaya Sekuriti sbb Dana ASB tidak pernah apply pon di badan ini untuk dapatkan pengiktirafan. Saya nak betulkan ayat awak. Yang betul "ASB Tidak dapat pengiktirafan sebagai Dana patuh shariah Oleh suruhanjaya Sekuriti". Bukannya "ASB Dana tidak Patuh Shariah @ Haram". Dua word ini sgt berbeza.

UTAA: Sama jer bagi saya. Kita dalam melabur ni Kena cari yang Halal. Yang Haram bila bercampur dengan yang halal akan jatuh haram. Contohnya macam satu kawah kita masak sup Ayam, pastu masukkan seketul daging babi, boleh makan ke sup tu?

KEY: bukan makin jauh lagi contoh awak bagi. Baiklah, awak cakap Dana yang syarikat awak diiktiraf sebagai Patuh Shariah Oleh SC, Awak boleh jamin saya Dana tersebut adalah 100% melabur ke tempat yang halal?

UTAA: mesti la, saya yakin 100%, lagipon SC dah iktiraf, kenapa Kita nak pertikai lagi?

KEY: saya bukan pertikai, Tapi saya nak tengok sejauh mana kefahaman awak. Jelas awak tidak faham bagaimana cara penilaian SC untuk mengiktiraf sesuatu dana mendapatkan pengiktirafan sebagai Dana patuh shariah. Pencampuran kaunter yang Halal dan tidak halal still ada mengikut nisbah yang mereka tetapkan dan nisbah pengiraan ini juga berubah2 mengikut Iktiqad ahli-ahli dalam badan ini dengan mengambil situasi @ keadaan semasa dalam Negara. Kita sebagai Rakyat Marhain perlu meraikan dan berbaik sangka dengan mereka. Bukan mudah kerja mereka ini.

UTAA: So, awak Kena tinggalkan la ASB sebagai tanda awak berbaik sangka dengan SC.

KEY: Kenapa pulak saya Kena Tinggalkan ASB sebab berbaik sangka dengan SC. SC tidak pernah menilai Dana ASB pon. Mereka juga tidak pernah kata ASB tidak halal @ haram. Mereka juga meraikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan Hukum ASB adalah harus. Yang menyatakan @ menghukum haram ini bukanlah mereka yang Ahli.

UTAA: Awak tak tengok Kat YouTube seorang ustaz pakar kewangan Dah ulas yang ASB ni tidak halal @ Haram dan dia nyatakan SC adalah badan yang menentukan hukum sesuatu Dana itu halal @ haram? Saya sokong pendapat Ustaz ni.

KEY: saya lagi awal tengok dari awak rasanya. Kalau Awk berbicara mengenai Hukum dan siapa yang berautoriti, ini jawapannya, untuk isu-isu yang bersifat nasional, Majlis Fatwa Kebangsaan dilantik Oleh 'Ulil Amri' bagi bermuzakarah untuk menentukan hukum bagi memelihara kepentingan umum. Kalau awak boleh berbaik sangka dengan seorang Ustaz yang awak nilaikan sebagai pakar, kenapa awak tidak boleh berbaik sangka dengan Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang seramai 24 orang bagi membicarakan Isu ASB ini yang terdiri dari mufti-mufti setiap negeri, Pakar-pakar kewangan Islam, shariah, fiqh, Muamalat. Malah sebahagian dari ahlinya juga dari SC sendiri.

UTAA: ada jer Jawapan awak kan.

KEY: hmm. Saya pulak nak tanya awak sikit jer. Awak yakin dengan Halal Jakim kan.Kalau awak Beli sesuatu atau makan sesuatu awak Mesti nak pastikan ada tanda halal kan.

UTAA: Ye saya yakin, Dan saya pastikan ada cop Halal Jakim sebelum beli.

KEY: harap awak jangan pergi kenduri rumah orang, awak bawak sekali pegawai Jakim endorse dulu sebelum awak makan ye. Hehe

UTAA: Apa Kena mengena dengan Apa yang Kita bincangkan?

KEY: Saya bukan Ustaz, awak Carilah sendiri mengenai dalil mengenai orang yang suka bersyakwasangka tidak baik & Was-was dalam Al-Quran atau Hadis.

UTAA: Hmmm.

KEY: Awak seorang unit trust agent. jadilah seorang Penasihat kewangan yang baik, bukan seorang sales person yang mengejar sales dengan memburuk-buruk pihak lain tanpa berasas untuk kepentingan diri, apalagi membawa kepada 'FITNAH'. Ubah cara awak, orang ramai perlukan seorang advisor bukan sales person untuk laburkan duit mereka. Cari di mana kelebihan produk awak, bukan Cari di mana kekurangan produk pihak lain. Saya ramai kawan-kawan yang bekerja sebagai UT Agent, ramai Antara mereka yang rasa mereka seorang Penasihat yang baik. Saya sendiri ada melabur dengan unit trust swasta. Berapa lama awak dah jadi UT Agent?

UTAA: 7 bulan

KEY: cepat matangkan diri awak.

-KEY-

Sumber 2


Sila baca penerangan ini =

Sumber 3


Sila baca penerangan ini pulak =
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya

fatwa kebangsaan berkaitan asb hukumnya harus
Fatwa Kebangsaan berkaitan ASB



Sumber 4



Sila baca penerangan Lengkap=
http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_4media.php#hukumpelaburanasbasn