JANGAN CEPAT MENJATUHKAN HUKUM, SIAPALAH KITA INI
Bila teknologi di hujung jari dan Pok cik google yang sentiasa ada jawapan maka terlahirlah ramai pakar-pakar yang berjaya menjatuhkan fatwa tersendiri berdasarkan "rasa" betul dan dipengaruh pakar-pakar disekeliling . *Termasuklah diri sendiri haha
Tak dinafikan memang pernah timbul isu panas iaitu ASB Haram tetapi sudah diselesaikan pun oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2008 . Cuma biasalah bile terlalu ramai pakar, perkara yang sudah diselesaikan , tidak akan pernah selesai.
Perkara ini memang tak dapat dinafikan sebab ak sendiri tak tahu kenapa kite terutama orang melayu selalu suka buat satu conclusion terhadap satu perkara berdasarkan pemahaman kite sendiri sedangkan tiada dibuat sebarang kajian khursus pun dan tak merujuk yang lebih mengetahui.
Jadi disini aku nak nyatakan dan nak bersihkan niat dan penilaian diri aku sendiri terhadap hukum dalam Pelaburan ASB sebab dulu ak laa salah seorang pakar tu hahaha. Sekarang dah insaf , cube buat seberapa banyak kajian . So dalam banyak-banyak kajian yang aku buat , hok nie aku lampirkan sumber yang paling mudah dan senang untuk semua fahami.
Sumber 1
Cuba baca...copy paste daripada Sifu ASB KEY
Dialog antara seorang UTAA (Unit Trust Agen A) dgn saya (KEY):
UTAA: Awak tau kan ASB tidak Patuh Shariah. Bahasa kerasnya tidak Halal @ Haram. Kenapa awak teruskan promote ASB besar-besaran? Jom joint dgn saya. Syarikat Kami tawarkan dana2 yang Patuh Shariah.
KEY: Sapa kata ASB Haram? Ops lupa awak yang ckp tadi. Siapa kata ASB tidak patuh Shariah?
UTAA: Suruhanjaya Sekuriti
KEY: setahu saya mereka Cuma menyatakan tidak mengeluarkan sijil iktiraf ASB sebagai Dana Patuh shariah oleh suruhanjaya Sekuriti sbb Dana ASB tidak pernah apply pon di badan ini untuk dapatkan pengiktirafan. Saya nak betulkan ayat awak. Yang betul "ASB Tidak dapat pengiktirafan sebagai Dana patuh shariah Oleh suruhanjaya Sekuriti". Bukannya "ASB Dana tidak Patuh Shariah @ Haram". Dua word ini sgt berbeza.
UTAA: Sama jer bagi saya. Kita dalam melabur ni Kena cari yang Halal. Yang Haram bila bercampur dengan yang halal akan jatuh haram. Contohnya macam satu kawah kita masak sup Ayam, pastu masukkan seketul daging babi, boleh makan ke sup tu?
KEY: bukan makin jauh lagi contoh awak bagi. Baiklah, awak cakap Dana yang syarikat awak diiktiraf sebagai Patuh Shariah Oleh SC, Awak boleh jamin saya Dana tersebut adalah 100% melabur ke tempat yang halal?
UTAA: mesti la, saya yakin 100%, lagipon SC dah iktiraf, kenapa Kita nak pertikai lagi?
KEY: saya bukan pertikai, Tapi saya nak tengok sejauh mana kefahaman awak. Jelas awak tidak faham bagaimana cara penilaian SC untuk mengiktiraf sesuatu dana mendapatkan pengiktirafan sebagai Dana patuh shariah. Pencampuran kaunter yang Halal dan tidak halal still ada mengikut nisbah yang mereka tetapkan dan nisbah pengiraan ini juga berubah2 mengikut Iktiqad ahli-ahli dalam badan ini dengan mengambil situasi @ keadaan semasa dalam Negara. Kita sebagai Rakyat Marhain perlu meraikan dan berbaik sangka dengan mereka. Bukan mudah kerja mereka ini.
UTAA: So, awak Kena tinggalkan la ASB sebagai tanda awak berbaik sangka dengan SC.
KEY: Kenapa pulak saya Kena Tinggalkan ASB sebab berbaik sangka dengan SC. SC tidak pernah menilai Dana ASB pon. Mereka juga tidak pernah kata ASB tidak halal @ haram. Mereka juga meraikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan Hukum ASB adalah harus. Yang menyatakan @ menghukum haram ini bukanlah mereka yang Ahli.
UTAA: Awak tak tengok Kat YouTube seorang ustaz pakar kewangan Dah ulas yang ASB ni tidak halal @ Haram dan dia nyatakan SC adalah badan yang menentukan hukum sesuatu Dana itu halal @ haram? Saya sokong pendapat Ustaz ni.
KEY: saya lagi awal tengok dari awak rasanya. Kalau Awk berbicara mengenai Hukum dan siapa yang berautoriti, ini jawapannya, untuk isu-isu yang bersifat nasional, Majlis Fatwa Kebangsaan dilantik Oleh 'Ulil Amri' bagi bermuzakarah untuk menentukan hukum bagi memelihara kepentingan umum. Kalau awak boleh berbaik sangka dengan seorang Ustaz yang awak nilaikan sebagai pakar, kenapa awak tidak boleh berbaik sangka dengan Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang seramai 24 orang bagi membicarakan Isu ASB ini yang terdiri dari mufti-mufti setiap negeri, Pakar-pakar kewangan Islam, shariah, fiqh, Muamalat. Malah sebahagian dari ahlinya juga dari SC sendiri.
UTAA: ada jer Jawapan awak kan.
KEY: hmm. Saya pulak nak tanya awak sikit jer. Awak yakin dengan Halal Jakim kan.Kalau awak Beli sesuatu atau makan sesuatu awak Mesti nak pastikan ada tanda halal kan.
UTAA: Ye saya yakin, Dan saya pastikan ada cop Halal Jakim sebelum beli.
KEY: harap awak jangan pergi kenduri rumah orang, awak bawak sekali pegawai Jakim endorse dulu sebelum awak makan ye. Hehe
UTAA: Apa Kena mengena dengan Apa yang Kita bincangkan?
KEY: Saya bukan Ustaz, awak Carilah sendiri mengenai dalil mengenai orang yang suka bersyakwasangka tidak baik & Was-was dalam Al-Quran atau Hadis.
UTAA: Hmmm.
KEY: Awak seorang unit trust agent. jadilah seorang Penasihat kewangan yang baik, bukan seorang sales person yang mengejar sales dengan memburuk-buruk pihak lain tanpa berasas untuk kepentingan diri, apalagi membawa kepada 'FITNAH'. Ubah cara awak, orang ramai perlukan seorang advisor bukan sales person untuk laburkan duit mereka. Cari di mana kelebihan produk awak, bukan Cari di mana kekurangan produk pihak lain. Saya ramai kawan-kawan yang bekerja sebagai UT Agent, ramai Antara mereka yang rasa mereka seorang Penasihat yang baik. Saya sendiri ada melabur dengan unit trust swasta. Berapa lama awak dah jadi UT Agent?
UTAA: 7 bulan
KEY: cepat matangkan diri awak.
-KEY-
Sumber 2
Sila baca penerangan ini =
Sumber 3
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/pelaburan-dalam-asn-asb-dan-seumpamanya
Fatwa Kebangsaan berkaitan ASB |
Sumber 4
Sila baca penerangan Lengkap=
http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_4media.php#hukumpelaburanasbasn