TEKNIK KUMPUL DUIT KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN GUNA ASB LOAN

TEKNIK KUMPUL DUIT KAHWIN DALAM MASA 3 TAHUN GUNA ASB LOAN

Aku pun sebenarnye baru je berjinak-jinak dalam pelaburan ASB nie. Sebenarnya takut jugak nak masuk sebab orang kata pelaburan asb tu haram.
.
Tapi tahun 2015 nie ak tetap amik keputusan untuk melabur jugak disebabkan yang kata haram tu 'orang' bukan mufti or ustaz-ustaz. Tapi tak semudah abc untuk ak buat keputusan , ak buat kajian 3 hari 3 malam dalam pelbagai sumber. Keputusannya , pelaburan ASB itu hukumnya harus merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan. Nak lebih detail , baca post aku yang bertajuk Hukum Pelaburan ASB .

Haa soo tunggu apa lagi ? Nak tunggu dah umur 30 tahun baru nak buat ? Memang terlepas laa zaujahh aku derr . Even die tak kesah , tapi kau sanggup ke tengok orang yang kau sayang susah or  duit lebih untuk spent dengan parent or nak tolong adik beradik ? Tak perlu kita nak bergantung pada duit gaji kite je nanti. So ada masa, tengah belajar lagi time nie laa blaja ilmu kewangan nie nanti dah kerje lecehh nak belajar huhu.

Ikut laa kehendak masing-masing , aku just berkongsi ilmu dan share apa yang telah aku baca. Apa yang pasti atas diri sendiri mane yang terbaik , In Sha Allah dari semasa ke semasa aku post pasal kewangan.

Mungkin post aku nie dapat memberi ilham pada sesetengah orang dan menjadi lebih berjaya dari aku, tu aku tak kesah tapi satu je aku nak korang ingat jangan lupa niat kerana Allah S.W.T , mak ayah , the special one, adik beradik dan komuniti kite.  Kalau kate ada lebih lagi , belanje laa aku , kite kan kawan hehe.

Ap pun paling penting, JANGAN SOMBONG ! JANGAN KEDEKUT !!





So here i want to share something yang boleh buat otak kite berfikir sejenak pasal masa depan. Nie bukan asli dari aku , aku pun masih menuntut dan bermula kecil kecilan tapi just nak share.

Ikut tak ikut , logik tak logik korang fikir laa sendiri , dah besar panjangkan . Just bagi aku , kalau nak berduit taknak sorang-sorang , biar kawan-kawan aku berduit sekali so kalau lepak sama-sama takdek laa aku sorang je keluar duit haha.


Teknik kumpul duit kawin guna asnb loan terbaik


Ramai orang-orang bujang tercari-cari macam mana nak kumpul duit dengan cepat. Kalau masuk meminang, tarikh nikah mesti la lebih kurang setahun lepas tu.

Takkan nak mintak tempoh tunang 3 tahun kan? Orang kata darah manis....banyak cabarannya!

Jadi, kalau dah start berkenal-kenalan, mulalah langkah teknik kumpul wang secara bijak asb loan ni. Takkan nak simpan sikit-sikit pastu masukkan dalam akaun bank yang jarang guna atau kad ATM dah kena potong?

Jom kita buat kira-kira teknik kumpul duit kawin guna ASB Loan:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah 1 : Simpanan RM600

Kaedah simpanan normal RM600 sebulan:


RM600 sebulan simpan dalam Akaun Saving (Bank Islam, Maybank , CIMB etc)
RM600 X 36 bulan = RM21,600.00 jerr

Kaedah Teknik Kumpul Duit Kahwin ASB Loan RM33K:

RM604 sebulan bayar ASB Loan RM110K

Genap 3 Tahun, sila jual ASB Loan anda.
Jumlah Dividen = RM28,568.00
Cash Value = RM4,951.00
Total Untung = RM33,519.00
* Sila pakat dengan pasangan untuk apply teknik ini juga. Dapat la double amount!


Kaedah 2 : Simpanan RM1098

Kaedah Normal RM1098 sebulan:

RM1098 sebulan simpan dalam Akaun Saving.(Bank Islam, Maybank , CIMB etc)
RM1098 X 36 bulan = RM39,528.00 jerr

Kaedah Teknik Kumpul Duit Kahwin ASB Loan RM60K:

RM1098 sebulan bayar ASB Loan RM200K (Pakat dengan pasangan bayar separuh-separuh. Guna satu nama)

Genap 3 Tahun, sila jual ASB Loan anda.
Jumlah dividen = RM51,900.00
Cash Value = RM9,000.00
Total Untung = RM60,900.00

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak tak teknik die tu ? nampak takk ?? . Pembezaan antara simpanan sendiri dengan kau buat simpanan dalam Pelaburan ASB .

Kalau aku laa yang buat simpanan sendiri , konfirm ak berani potong jari lahh , bulan kedua aku dah keluarkan duit beli aiskrim .

Tapi kalau Pelaburan ASB , kalau kau nak keluarkan duit , kene beratur panjang pastu kalau loan yang kau buat tu, tak jadi milik kau lagi kecuali laa dah abis bayar hehe. Dividen pun masuk 12 bulan sekali soo nak atau tidak perlu tunggu dan biar duit tu membiak laa. hehe

So sape kate kite tak bolehh , ada peluang just grab it huhu. Cume kene rajin membaca dan mengkaji laa choii .


Ilmu takkan datang bergolek , kecuali kau terpaksa bergolek kerana ilmu.
SyahmiAzman



In Sha Allah berjaya bro , Nanti kalau kate dah nak kahwin , jangan lupa jemputtt . hehe



Nak tahu tak ? kunci nak berjaya apa ? , SIMPANAN & DISIPLIN. So kalau rasa logik , its up to youu . Just Sharing ;)




Hok ni sumber gue :
Sumber : http://pelaburan-asb-loan-terbaik.blogspot.my/

This entry was posted on Selasa, 5 Januari 2016 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply