Bismillahirahhmanirahhim...
Jadi esok 25 Mei 2015 adalah secara rasminya bermulanya ak sebagai seorang pelajar internship/praktikal/latihan industri di Pejabat firm planning, Urban Scale.
Antara firm yang dah lama establish di Malaysia |
Rasa baru je masuk semester 1 , sekarang dah sampai ke semester 5. Tempoh intership ni hampir dekat 6 bulan yang bermula 25 Mei hingga 9 Oktober. Jadi perasaan sekarang nerbes, gemuruh , excited semua ada lah. Tapi apa yang pasti , ak harapkan dapat fokus dan terus menuntut ilmu dari firm ini supaya dapat menjadi seorang planner yang boleh memberi sumbangan pada agama, bangsa dan negara.
So kene gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya bagi melatih diri ini menjadi seorang pekerja yang baik. Disini akan dikongsikan beberapa tip :-
1. Ambitious / Bercita-cita
Seorang pekerja yang hebat akan sentiasa mempunyai matlamat sendiri dan sentiasa akan meningkatkan produktiviti kerja mengikut keperluan bos serta syarikat. Dalam buku Eat That Frog ada memberi tip bagaimana untuk mencapai matlamat yang besar. Caranya pecahkan matlamat tadi kepada yang lebih kecik supaya kita rasa mudah untuk mencapainya. Contohnya kita target nak buat 100 layout dalam 6 bulan. Then kita kecikkan matlamat untuk capai 3 Layout dalam masa sehari. In Sha Allah akan dapat dicapai matlamat yang besar tadi.
2. Autonomous / Autonomi
Menjadi seorang yang berkebolehan untuk menjalankan tugas yang diberikan sendiri dengan sedikit bantuan dari pekerja lain tanpa mengharapkan orang lain. Erti kata lain ialah Multitask , berkebolehan buat dua kerja dalam satu masa. Perlukan latihan yang istiqamah untuk mendapat kebolehan ini.
Jangan tambah tangan pulak hehe. |
3. Humble / Merendah diri
Sangat penting bagi seorang pekerja hebat untuk sentiasa merendah diri dan tidak terlalu sombong. Dalam Islam sendiri pun menegaskan kita untuk tidak bersikap sombong sesama manusia seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Israa ayat 37.
FIRMAN ALLAH SWT :
Dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak
akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan
dapat menyamai setinggi gunung-ganang.( Surah AlIsraa'. Ayat 037 )
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga orang
yang dalam hatinya terdapat
kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)
Simpan sikit ego tu. |
4. Passionate / Bersemangat
Perlu menjadi seorang yang semangat dalam apa jua keadaan dan tugasan yang diberikan. Tidak kira balik lewat ke, atau buat kopi sekali pun mesti bersemangat kerana perasaan ini akan membuatkan kita sentiasa positif. Dalam berdakwah juga Nabi Muhamad S.A.W dan sahabat-sahabat lain sentiasa bersungguh-sungguh dalam menyampaikan dakwah dari gurun pasir yang panas sampailah sekarang Islam berada dimana-mana pelusuk bumi.
Rasa seperti seorang juara ! |
5. Confident / Berkeyakinan
Seorang pekerja yang yakin berani untuk ambil risiko kerana mereka percaya pada diri mereka sendiri. Keyakinan ini suatu yang sangat penting sebab dengan yakin seekor kucing boleh jadi singa, rama-rama menjadi burung helang, Rasullah S.A.W dapat kembangkan Islam meskipun baginda tidak tahu membaca dan menulis dan seorang lelaki menjadi seorang suami ;) . hehe.
Kucing pun buat selamba jer ~ |
6. Honest / Jujur
Dalam Al-quran dan hadis banyak menekankan soal kejujuran jadi sudah pasti sifat jujur ini merupakan sifat yang sangat penting sebab mana ada orang suka si penipu. Seorang pekerja yang hebat akan sentias bercakap benar seperti hadis Rasullah S.A.W , bercakap lah benar meskipun kebenaran itu pahit. In Sha Allah syarikat dan orang sekeliling kita akan percaya dan suka kepada kita ;).
Pertama: Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه dari Nabi صلی الله عليه وسلم, sabdanya:
“Sesungguhnya Kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan
dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang selalu berbuat jujur sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang jujur.
Dan sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada Kejahatan dan sesungguhnya Kejahatan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang yang selalu berdusta maka dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang pendusta.” (Muttafaq ‘alaih)
Chill bro ~ |
7. Creative / Kreatif
Syarikat sangat mencari pekerja yang suka bertanya soalan yang tidak disangka. Cuba menjadi seorang pencetus idea yang kreatif dan bervariasi. Untuk menjadi seorang yang kreatif kene train diri kite dengan selalu membaca, berjalan, bergaul dengan orang ramai dan sentiasa positif. Lagipun kreatif ini akan membuatkan kita selalu berfikir , itu yang penting kerana orang yang berfikir adalah orang yang berilmu.
Be creative ;) |
8. Reliable / Boleh diharap
Seorang pekerja yang hebat juga adalah seorang yang syarikat boleh harapkan kita tidak kira apa jua keadaan. Sikap ini perlu dipupuk dalam diri kita kerana dalam masa yang sama ia akan jadikan kita seorang yang rajin dan sentiasa update dalam perkara yang kita lakukan.
Be a good team ! |
9. Eager / Berhasrat
Seorang pekerja yang ideal akan sentiasa berhasrat dan lapar dalam mahukan belajar perkara yang baru seperti kemahiran dan skill2 tertentu. Pada masa study lah kita perlu pupuk sifat ini iaitu sikap yang sentiasa ingin belajar perkara baru. Hal ini akan menjadikan kita seorang yang optimis dan sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran yang akan datang. Ap yang penting jangan malu bertanya nanti sesat jalan.
Lantak orang nak cakap ap, kita tak tahu kita tanya ;) |
10. Positive / Positif
Menjadi seorang yang positif meskipun dalam keadaan yang susah memang sangat disukai syarikat. Rasullah S.A.W sendiri masih tersenyum meskipun baginda dicaci dan dihina oleh anak-anak kecil yang membaling batu kepada baginda. Sifat kesabaran dan positif baginda harus kita selami dan hayati untuk diserapkan dalam kehidupan kita seharian. Jadikan senyuman itu satu tabiat untuk kita supaya sentiasa positif. Mari kita ambil contoh serangga kecil tapi mempunyai sifat positif yang sangat besar iaitu lebah. Dalam Al-Quran banyak menyebut pasal serangga ini sehinggakan terdapat surahnya yang tersendiri iaitu surah An-Nahl (Lebah).
Allah menyebut dan memfokuskan kebaikan kejadian penciptaan lebah secara nyata dan jelas. Mungkin sebab itu Allah menamakan surah lebah sebagai salah satu surah dalam al-Quran. Allah mengajar dan memberi peringatan kepada kita dengan pelbagai cara. Memilih lebah sebagai perumpamaan adalah salah satu cara Allah menyedarkan kita untuk mengambil ikhtibar dan pengajaran. Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah:
"Buatlah sarang di bukit, di pohon kayu, dan di tempat yang dibina manusia.
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan
dan tempuh jalan Rabbmu yang dimudahkan (bagimu).
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan" – (An-Nahl: 68-69).
Rasulullah SAW. bersabda, "Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah.
Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih,
hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan (tempat yang dihinggap)"
– (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar
MasyaAllah sungguh hebat serangga kecil ini |
Allah memberikan ilham kepada lebah untuk bekerja dan mengatur kehidupannya. Cara bekerja lebah yang halus dan teliti sungguh mengagumkan kita. Bagaimana lebah membuat sarang yang sangat kompleks, bagaimana mengurus kerja secara berpasukan yang mantap dan akhirnya mengeluarkan hasil madu berkhasiat. Malah madu dan susu lebah diakui oleh saintis dan pakar perubatan boleh menyembuh pelbagai penyakit dan resipi penjagaan kesihatan yang sentiasa relevan sepanjang zaman.
Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah SWT.
Hadis nabi di atas mengisyaratkan kita meniru sifat positif yang dimiliki oleh lebah. Sifat itu adalah ilham dari Allah SWT.
So senyum selalu ;). |
Jadi sekadar berkongsi supaya dapat dijadikan amalan untuk kita semua. Sebenarnya semua sifat-sifat ini adalah sifat yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W melalui sunnah dan hadis baginda. Jadi dalam menjadi seorang pekerja yang baik , kita juga menjadi seorang muslim yang mukmin. :)
Untuk semua planner to be 95, Allahu Yaftah Alaikum or Gud Luck ! dalam praktikal korang, ak doakan yang terbaik. Semoga ilmu kita digunakan dengan sebaiknya seterusnya memperoleh keredhaan Allah S.W.T
Manusia paling baik adalah manusia yang paling banyak memberikan manfaat pada orang lain :) |