Semester 1 - Mont Kiara, Kuala Lumpur -

Bismillahirahmanirahhim...

Semester 1 - Mont Kiara / Residential Area
Ak akan cite ringkas pasal apa yang kami kene buat untuk studio sem 1 memandangkan masa tu tak gune laptop lagi. Ketua studio untuk sem nie Syakir. Thanks bro for guiding us. Untuk pengetahuan semua Subjek studio nie killing subject sebab untuk dia saja ada 5 kredit. 0.01 pun dah effect grade jadi nie yang kami kene beri lebih kasih sayang dan perhatian.

Semasa semester 1 kami telah didedahkan dengan skop pembelajaran untuk bidang planning atau perancangan bandar dan wilayah ini. Site kami ialah di Mont Kiara, Kuala Lumpur seluas 125 ekar (kalau tak silap dah lupa hehe). Kami dikehendaki membuat satu kawasan perumahan yang sesuai mengikut kawasan ini. 

Location plan
Sorry la sebab tak dek kamera mase tu jadi tak dan nak save dokumen hehe.


Terdapat 4 projek iaitu :-

Projek 1 - Environment assesment
Ak dah la budak second intake, so dengan tak didedahkan apa-apa pasal planning nie tibe-tibe hari semalam baru masuk , hari ini dah kene gie site dekat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Projek ini kami dikehendaki melukis lakaran menggunakan 5 sense iaitu penglihatan, pendegaran, sentuhan , bau dan rasa ( rasa nie ak musykil sikit macamne hehe). Masa tu kami 5 org laki budak second intake memang tak tahu apa-apa tanye lecture die suruh tanye first intake. Tanye diorang , satu pun tak tahu nak buat macamne so main lukis jelah dengan takdek basic nyer hehe. Selepas itu , kami kene gie Jalan Tun Perak pulak untuk buat mende yang sama. Hasil lukisan ini akan di tampal pada board hitam.



Projek 2 - Lettering.
Projek hok ni kami kene jadi budak tadika semula , kene tulis ABC sampai Z ikut petak. Seksa boh , tulisan cakor biawok so bile kene buat nie memang banyak kali lah kene reject. Dah la markah besar , at least ambil masa 5 jam straight baru boleh siap. Sebenarnya projek ini untuk kita mahirkan menulis dalam bentuk teknikal macam student arkitek. Memang seksa sebenarnya biapun nampak mudah sebab start projek nie la ada sahabat kami kene repeat sem. Projek ini mengajar kesabaran dan realiti sebenar seorang student designer ni. Alhamdulillah dapat selesaikan. 


Projek 3 - Site Inventori dan analisis
Projek 3 ini kami kene hasilkan report mengenai keadaan semasa tanah berdasarkan beberapa sektor iaitu guna tanah, rangka wilayah, infrastruktur, utiliti, hidrologi, pengairan dan saliran, aksesibilit dan kemudahsampaian, flora fauna dll. Then kite akan hasilkan analisis akhir untuk dapatkan kawasan yang tak boleh dibangunkan dan boleh dibangunkan.

Projek 4 - Layout
Projek ni kami dikenalkan dengan pelan susunatur / layout plan yang merupakan makanan kami lah dalam bidang ni. Nanti ak akan kongsikan layout plan yang sem-sem lain punyer. Setiap semester kami akan diupgradekan lagi teknikal kami dalam layout plan.

Keseluruhan
Untuk keseluruhan markah bagi semester satu nie tak lah segempak orang lain tapi Alhamdulillah ak bersyukur sebab dapat melebihi 3.0 . Diploma nie satu je cara die kalau nak dapat dekan untuk CGPA(keseluruhan purata pointer) , kene skor awal sem dan akhir sem. Jadi result nie menjadi base ak dan penanda aras untuk lebih berjaya pada next sem. In Sha Allah. 



Sebenarnye apa yang penting bukan lah result yang kita dapat, tapi ilmu yang kita peroleh dari 6 bulan pembelajaran ini. Ilmu itu perlu dituntut bukanlah bagi mendapatkan A dalam exam tapi sebagai jalan/cara kita untuk membantu menegakkan syiar agama Islam kita, majukan bangsa kita dan menyumbang pada negara. Jadi teruskan menuntut ilmu, paling penting jangan mengalah. 



Hadits “Kewajiban dan Keutamaan Menuntut Ilmu”

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى

الْجَنَّةِ

Artinya : ”Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari suatu ilmu. 

Niscaya Allah memudahkannya ke jalan menuju surga”. (HR. Turmudzi)

Apa yang penting, kesabaran dalam menuntut ilmu


Terima kasih buat Puan Intan Afida, Miss E , Pn Zalisa dan Miss Nad sudi
 berkongsi ilmu kepada kami

This entry was posted on Sabtu, 23 Mei 2015 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

Leave a Reply