Bismillahirahmanirahim..
Dekat ruangan ini nak dikongsikan mengenai artikel-artikel kesihatan. Ini ada satu perkara yang ak rasa menarik untuk dikongsikan iaitu mengenai kebaikan garam.
Garam merupakan antara bahan utama masakan orang melayu |
Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya dari rasa yang masin ini, hakikatnya terdapat 1001 kebaikan untuk tumbuh badan kita. Hatta garam merupakan bahan yang digunakan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat Tukang Masak, ibu-ibu , akak-akak , Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak mungkin boleh pastikan cara betul mengunakan garam untuk masak dan rawatan mengikuti cara Rasulullah.
Sebenarnya selama ini kita telah disogokan dengan fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi). Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Tapi perlu diketahui yang garam yang Rasullah S.A.W amalkan adalah jenis garam gurun rujuk blog ini (http://zabidi-morad.blogspot.com/2014/05/oleh-wan-norsyafiqahwan-ghazali-garam_8.html). Namun begitu garam masakan sekrang juga adalah sejenis garam.
Pengambilan segelas air dan secubit garam , tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan -glamelin.blogspot- |
Garam juga digunakan untuk mengubati penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita.
Kaedah memasak
Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.Sebab? Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.
Jadi yang baik itu dari Allah S.W.T , sekadar pekongsian dari bacaan ak untuk manfaat bersama.
“Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara
berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke
bumi iaitu besi, api, air dan garam.”
Daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam.
Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam.”