Sebenarnye bile masuk tahun 2016 , ak rase resahh sangat. Nak tahu ap yang resahkan aku ? Kewangan.
Umur dah masuk 21 tahun , tapi setakat nie berapa simpanan yang aku ada ? dengan taraf hidup yang makin tinggi , kadar penggaguran tinggi , ekonomi yang tak berapa stabil . So nak tak nak , aku kene spent sikit masa aku untuk belajar sendiri ilmu kewangan.
Apa yang pasti dekat universiti atau kolej tak diajar macam mana nak menguruskan kewangan berkesan, perihal jenis-jenis pelaburan dan situasi sebenar bila keluar dari Universiti.
Memang tak dinafikan , ak sendiri pun bile keluar je dari universiti , memang zero ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan. Yang ada ilmu perancangan bandar jela hehe. So keluar je terus beli kereta mewah, ambil kad kredit, buat pinjaman peribadi.
Nak cerita risiko kalau kite amik semua tu ialah , rosak profail individu kite, macam resume laa. Kalau kite masuk penjara , rosak resume kite kan . So konsep yang sama, bile rosak profail individu terus kite tak layak memiliki rumah sebab profail individu kite rosak.
Jadi hasil pembacaan aku pada post-post , artikle-artikel otai-otai kewangan yang hebat-hebat . Aku cube ringkaskan dan kumpulkan apa yang sebenarnye kite bakal lalui .
Secara ringkasnya antara realiti yang kite akan lalui :
1. Bila dah kerja.
Waktu start kerje kite tak bina tabung kecemasan dulu. Sebenarnya, tabung kecemasan ni wajib ada 3-6 bulan gaji kalau kita kerja makan gaji. Dengan ekonomi sekarang, jangan rasa kita secure sangat kat tempat kerja tu.
2. Gaya Hidup
Bila dah habis belajar, gaji dah ada beli pulak kereta import yang tak padan dengan gaji. Gaji RM2000 rilek je beli Honda Civic. Kepuasan dan meningkatkan taraf hidup katanya.
3. Buat kad kredit.
Melting sikit awek tengok bila keluar dating main swipe kad kredit ni. Ada tunggakan mula la nak pinjam kawan.
4. Kehendak melebihi keperluan
Hidup pulak mesti di upgrade. Beli iPhone. Baju mesti beli kat butik je. Mana nak layan dah baju kat Tesco ke Mydin.
5. Komitmen banyak
Tiap bulan tak mampu bayar komitmen dah. Bil telefon melambung mahal. Pinjam wang sana sini. Gali lubang tutup lubang.
6. Pinjaman Peribadi
Buat pula pinjaman peribadi. Pinjaman RM50K. Rasa bijak sikit letak lebihan dalam ASB. Yang lain semua buat belanja.
7. Pinjaman Peribadi lagii
Nak kahwin buat lagi pinjaman peribadi. Rilek je buat RM30K. Baju pengantin 5 pasang. Kek kahwin kalau boleh nak 5 tingkat. Kawan datang pun takde dah keluar pergi photoshoot.
8. Pinjaman PTPTN
Pinjaman PTPTN tak bayar. Kena senarai hitam. Akhirnya tak dapat buat pinjaman perumahan.
9. After Married
Lepas kahwin, tunggakan sana sini. Bil bil tak mampu bayar. Kereta kena tarik. Lalu diisytiharkan muflis.
Rentetan ni merupakan satu jalan cerita untuk anak muda yang kite bakal lalui. Nie berdasarkan cerita 4-5 orang yang dah bekerja yang aku baca dan kaji dari pelbagai sumber. Semuanya lepasan universiti. Semua bijak pandai dalam ilmu pengetahuan. Tapi ilmu pengurusan kewangan? Hancurrr . macam aku jugak.
Semua akan lalui jalan yang sama bila dah grad nanti kalau tak ada kesedaran awal. Di mana silapnya? Ada ke orang nak nasihatkan kite ? Ke orang nasihat kite tak mahu dengar? Akhirnya terpaksalah kite lalui liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan berduri nie.
Itu tak kira lepasan universiti yang terkena skim cepat kaya, MLM lagi tu. Memang ramai yang ajak dan terkena.
Apa yang pasti Dunia ini kejam bukan? Jadi kita sebagai generasi yang akan datang kene amik iktibar dan pengajaran supaya tak buat kesilapan berulang.
Sejujurnya aku bukan lahh dah melepasi realiti kehidupan nie , tapi sebagai pendedahan awal untuk kite yang bakal keluar ke dunia sebenar. Yang pasti tak semuanya buruk , tapi lebih baik kite mencegah dan merancang dari kite menyesal di kemudian hari.
Jadi In Sha Allah , ada sikit pasal ilmu pasal kewangan , aku akan cube share. Sebenarnye tujuan aku tulis nie untuk panduan diri sendiri jugak selain dari perkongsian ilmu . So nanti aku akan selalu beringat dan tak jadi hangat-hangat tahi ayam . hehe